Showing posts with label isu-isu. Show all posts
Showing posts with label isu-isu. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

P E N C A B U L A N

aku bukan nak cita pasal cabul / rogol yang selalu keluar kat berita tu yee..

aku nak cerita pasal PENCABULAN HAK



anda tahu bila hak anda dicabul.tapi tak pernah nak perasan anda telah mencabuli hak orang lain. Sebab tu kita selalu diingatkan sentiasa muhasabah diri dah mencari punca pencabulan orang lain terhadap kita. Mungkin kita pernah mencabuli hak mereka. Hak kita yang kita pertahankan itu janganlah terlalu pentingkan diri. Kita harus sedar juga akan hak-hak bersama.

ANDA inginkan hak peribadi anda sentiasa dipertahankan.
namun anda sering terlepas menjaga hak tersebut
dan anda juga tidak menghormati hak peribadi orang lain
mengapa anda bersusah susah mencari, mengorek apa yang tersimpan itu
sedangkan mereka bersungguh-sungguh cuba mempertahankannya
demi hak dan maruah mereka F U L L S T O P !

notakaki: entry tentang hak asasi manusia terutamanya umat Islam akan datang.




Friday, August 12, 2011

PANDANGAN kasar

pandangan dan pendapat seseorang harus kita ambil kira. jangan terlalu mempertahankan pendapat sendiri sahaja. ape sahaja yang ingin kita lakukan perlu kita kaji baik dan buruknya. kita jangan terlalu pesimis terhadap orang lain. Setiap perkara itu kita ambil dari sudut yang positif, jangan melihat di sebelah sudut sahaja. Dan situasi harus juga dilihat berdasarkan keadaan ketika ini. Sebab dan akibat perlu dikaji dan konsep yang betul harus dipraktikkan.

aku bercakap mengenai konsep 'I FOLLOW U, U FOLLOW ME'

semalam berlaku pelbagai kepincangan tentang konsep ini. Ada pihak terus terusan mengatakan tentang keburukan dan ada pihak mempertahankannya. 

Aku tidak mahu berpihak kepada sesiapa. Tapi segala yang info yang aku perolehi dari mereka iaitu KUCING SERIUS & RUDY NIZAM ada baik dan buruknya. Kajian belum lagi aku sempat jalankan. 

Berdasarkan pemerhatian, pihak pertama terlalu negatif terhadap konsep ini. Beliau benar dalam beberapa hal tentang konsep ini. Namun penolakan terus terhadap konsep ini rasanya tidak sepatutnya. Beliau ada mengemukakan beberapa cara yang lebih baik untuk mendapat pengikut, pengomen dan penaik trafik blog. Beliau juga merasakan bahawa konsep ini telah menyebabkan sesetengah blogger sekarang kurang kualiti hanya lebih kuantiti. Mungkin ada betul apa yang dibentangkan beliau, tetapi, ada bloggers yang aku kira berkualiti juga turut menggunakan konsep ini di awal kemunculan mereka. Dan tak semestinya melalui konsep ini kita tidak boleh survive dalam jangka panjang. Mungkin beliau membuat kajian yang pelbagai, namun sesuatu konsep harus diteliti juga kebaikannya bukan hanya keburukan. Aku sebagai antara pengguna konsep ini bukan tidak mahu ambil peduli apa yang dibentangkan beliau, ada antara apa yang dikatakan benar dan perlu untuk kita ambil kira dan perbaiki pada masa akan datang. Mungkin beliau tidak pernah menggunakan konsep ini kerana pada perkiraan aku beliau adalah seorang blogger yang hebat dan pandai menulis.

Pihak kedua pula yang mempertahankan konsep ini kerana mungkin beliau berjaya dalam dunia ini kerana bermula dengan konsep seperti ini. penerangan beliau tentang kebaikan dan kegunaan konsep ini juga perlu diambil kira. Kerana beliau juga mungkin melakukan kajian tentang perkara ini dan menggunakan konsep ini. Beliau juga merupakan seorang blogger yang berjaya sekarang aku rasa. Perkara yang kita harus ambil kira disini ialah blogger2 terutamanya yang baru harus bijak mempromosikan blog masing2 dan salah satu konsep yang bole digunakan adalah konsep ini yang amat popular sekarang. Kita juga perlu ambil kira pandangan beliau yang mengatakan bahawa zaman blogger dahulu dan sekarang adalah berbeza. Aku nak cakap pasal situasi zaman ini tidak layak rasanya kerana aku belum pun membuat kajian tentang ini dan aku adalah blogger zaman ini. 

Mungkin salah kita juga yang terlalu melulu mengikut konsep blogging ni. Tapi jika betul cara penggunaannya rasanya tidak salah untuk kita mneggunakannya kerana setakat ini aku rasa konsep ini sedikit sebanyak membantu aku sebagai blogger baru. 

*notakaki : bukan mahu mencari yang salah. tapi penelitian harus dibuat. yang baik kita ambil :)

Wednesday, August 3, 2011

karya B A S I ! kau ada ?

alamak ! basi

punca-punca terjadinya BASI
  1. terlupa nak REHEAT karya dalam MICROWAVE
  2. terlupa nak SIMPAN karya dalam PETI AIS
karya ku BASI.
ape aku PEDULI.
janji bole jadi ENTRY.

jangan lah merepek pepanjang.berbalik kepada tajuk.mungkin karya aku dianggap basi oleh sesetengah pihak.bukan xmahu peduli nasihat.tapi aku ada cara sendiri.bukan berlagak pandai atau tinggi diri.tapi caraku tetap caraku.maaf jika terganggu :)

karya BASI xhabis lagi.
sila baca jangan berhenti.

SEDIA.karya bermula.
AWAS.jika ada bau hiraukan saja.
*maklumlah BASI

mahu berkarya tentang C I N T A.
tidak LAYAK rasanya.
tapi GAGAHKAN juga.
CINTA agung pada PENCIPTA masih lagi samar.
tapi kenapa CINTA pada MANUSIA dan DUNIA bersinar-sinar.

 LALAI dan LEKA itulah MANUSIA.
 AKU terjerumus juga.
 Pada INDAHNYA dunia.
 tanpa fikir INDAHNYA alam yang sana.

*karya ditulis juga.dipost juga tanpa kira hari.kerana karya BASI tidak mungkin disimpan lama*


Saturday, July 30, 2011

R AM A D H A N yang D I N A N T I

pejam celik.pejam celik
dah nak masuk bulan MULIA
Ramadhan Al-Mubarak

bercerita tentang puasa.
semalam ade seorang pakcik datang membeli kuih.
sempat juge dia berpesan.
beli kuih ni.
jangan tersalah niat pulak.
jangan la beli sebab na melantak bebanyak sebelum puasa.
nanti hilang pahala puasa katenye.

so.moral of da stori is..
jangan la nak menjelang Ramadhan ni melantak habis2..
macamla puasa tu terlalu menyeksakan..
dan jangan pulak berbuka puasa berlebihan..

kita kena sentiasa besederhana..
tapi kalau dalam Ibadat dalam bulan puasa ni..
ditambah2 la..
jangan na bagi alasan penat sangat la kan.
lebih elok biarlah ramadhan menjadi titik mula kepada kita
untuk menjadi yang lebih baik..

dan semoga Ramadhan kali ini memberi lebih keberkatan kepada kita umat Islam..