Showing posts with label keagamaan. Show all posts
Showing posts with label keagamaan. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

apa ada pada C I N T A



keindahan dan kehebatan cinta memang diakui semua insan yang ada hati dan perasaan.

#sebaris sajak dalam cerita AYAT2 CINTA yang menggambarkan betapa indahnya cinta

"Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah."

#renungkan kata-kata HAMKA pula




"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat."

      disebalik kata2 ini ada antara kita yang terlalu obses dan mengagungkan cinta. bukan cinta kepada pencipta, tapi cinta berlebihan kepada manusia. kita dapat perhatikan dunia sekarang yang penuh dengan manusia2 yang CINTA akan keduniaan. Tidak salah cinta pada dunia. Namun ingatan dan CINTA pada akhirat harus diperkukuhkan juga.

ada juga antara kita yang mengaku CINTAKAN ALLAH. namun kita sering melupakannya. 

#selami kata-kata ALI BIN ABI TALIB ini




"Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai."

kita juga diingatkan supaya sentiasa berpada dalam mencintai dan membenci seseorang. Kerana CINTA dan KEBENCIAAN mungkin akan terjadi sebaliknya.

#fahami maksud kata-kata MALIK BIN DINAR

"Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu."

aku tertarik dengan satu kata-kata yang aku kira aku adalah insan yang tergolong didalamnya. aku merupakan insan yang mengejar dunia dan banyak perkara yang perlu aku perbaiki. 

#mari kita insafi kata-kata AR RABI' BIN ANAS




"Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.''

AYUH KITA BERDOA AGAR MENDAPAT CINTA YANG MULIA DI SISI ALLAH 


Tuesday, August 2, 2011

:: tempat kita diakhirat :: part II

Assalamualaikum..

jom bace pasal tempat yang minta dijauhkan dari kita umat Nabi Muhammad..

N E R A K A !  
"barangsiapa yg berbuat dosa dan dilitupi dosa. mereka itu penghuni neraka, mereka kekal didalamnya"

  1. NERAKA HATMAH - dijadikan oleh Allah s.w.t untuk menyiksa orang yahudi. " dan tahukah kamu apakah itu Hatmah? ia api yang disediakan oleh Allah yang menyala nyala"
  2.  NERAKA SAQAR - disediakan khusus bagi golongan yang melanggar perintah Allah s.w.t iaitu meninggalkan fardu yg ditetapkan " apakah yang memasukkan kamu kedalam neraka saqar? Mereka menjawab : kami tidak termasuk dalam orang2 YANG MENGERJAKAN SOLAT"
  3. NERAKA LAZA - disediakan Allah untuk menyiksa golongan iblis, syaitan dan jin kafir serta golongan majusi "Sekali-kali tidak dapat, mereka itu adalah api yang menyulang (laza) yang mengelupaskan kulit"
  4. NERAKA SA'IR - Allah sediakan bagi mereka2 yang mendustakan risalah Allah yang diutus kepada para RasulNya. mereka ini terdiri daripada orang kristian.
  5. NERAKA WEL - dikhaskan untuk menyiksa seorang yang menipu dalam perniagaan dan bagi orang2 yang mendirikan sembahyang tapi dilamun angan2 dan mereka lali dari sembahyang.
  6. NERAKA HAWIYAH - disediakan untuk mereka yang amat kurang melakukan kebajikan tapi banyak melakukan kemungkaran "adapun orang yang ringan timbangan kebajikannya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah"
  7. NERAKA AL JAHIM - disediakan Allah untuk orang2 musyrikin iaitu penyembah sesuatu selain Allah s.w.t. 
  8. NERAKA JAHANNAM - neraka ini khusus untuk golongan kafir, munafiq dan pendusta Al-Quran.

semoga Neraka bukan tempat kita diakhirat kelak.amin.

Monday, August 1, 2011

::tempat kita diakhirat::part 1

syurga atau neraka ditempatkan kita??

harini na letak entry pasal SYURGA dulu :)

  1. SYURGA AL JALIL - syurga dari intan dan berlian.disediakan Allah untuk para Rasul,Nabi,Siddiqin,Aulia dan lain2 lagi..
  2. SYURGA AS SALAM - syurga yang diperbuat daripada permata Yaqut. Disediakan Allah untuk orang2 yang melaksanakan rukun Iman yg 6, dan rukun Islam yg 5. "Dan Allah menyeru (manusia) kesyurga as salam" 
  3. SYURGA MA'WA - syurga yang dijadikan dari zamrud hijau. Disediakan Allah untuk mereka yang beribadat dengan ikhlas seperti mengeluarkan zakatnya. Allah berfirman di dalam ayt yang bermaksud "Maka sesungguhnya syurga Ma'wa ialah tempatnya"
  4. SYURGA AL KHULD - syurga yang dibuat dari permata marjan yang merah. Disediakan Allah sebagai ganjaran bagi mereka2 yang sentiasa menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  5. SYURGA AN NA'IM - syurga yang dibuat dari perak putih. Disediakan Allah kepada hambaNya yang berjaya menundukkan hawa nafsunya dan syahwatnya serta godaan syaitan.
  6. SYURGA FIRDAUS - Disediakan Allah bagi hambaNya yang mengerjakan Haji dan Umrah. Allah berfirman yang bermaksud "Adakah bagi mereka, syurga Firdaus menjadi tempat tinggalnya" 
  7. SYURGA ADNIN - syurga yang dibuat dari permata intan berlian yang putih. Disediakan Allah bagi mereka2 yang mati syahid dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t.
  8. SYURGA AL QARAR - syurga yang dibuat dari emas yang merah.letaknya ditengah2 syurga yang lain yang membolehkan sesiapa yang masuk kedalamnya melihat syurga2 yang lain.. Dijadikan Allah untuk mereka yang beramal soleh, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, mengeratkan hubungan silaturrahim, bertaqwa, dan memejamkan matanya dari melihat maksiat. Dan Allah berfirman yang membawa maksud " Dan sesungguhnya akhirat itu yang kekal (al qarar)"


layakkah kita hidup disyurgaNya??
sebesar apa bekalan yang membolehkan kita duduk didalam syurga milikNya..
SubhanAllah..


sumber : mastika,ogos 1981