Friday, November 25, 2011

thank you for sincerely accepting me in you life::dedicated to all my beloved friend::

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea

I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends

Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you

Tuesday, September 13, 2011

PERIHAL pelajar

7september 2011..
hari pertama aku menjejakkan kaki ke universiti utara Malaysia. dalam langkah yang penuh dengan pelbagai rasa. namun dikuasai perasaan yang kurang bahagia. langkah aku teruskan juga demi membawa satu harapan dan cita ayah dan ibu. satu hasrat untuk membawa pulang kejayaan untuk mereka. pelbagai persepsi timbul,pelbagai perkara timbul dan pelbaga sesuatu yang bermain dikepala. sedih dan sayu melihat pemergian mereka setelah baranh semua diangkat ke bilik. perasaan sebak namun air mata tidak mengalir ditahan supaya aku bukan lagi seorang budak. aku sudah pun bergelar pelajar universiti dan bukan lah kali pertama aku tinggal berjauhan dengan mereka.

aku mencuba meramahkan diri menegur jiran2 bilikku. kerana saat itu aku sendirian begitu uga mereka. Alhamdulillah mereka insan yang baik dan ramah. memulakan petang itu dengan sesi orientasi pertama. sehingga la hari sabtu. kemuncak malam akhir orientasi. xperlu rasanye menghuraikan minggu orientasi ini kerana pada perkiraan aku semuanya tidak banyak beza dengan pengalaman yang pernah aku alami dulu. mungkin disini ada lebih dan kurangnya. tapi aku lalui munggu itu dengan baik.

10september 2011
bermula lagi episod baru sebagai seorang pelajar di uum.bermula hari menjejakkan kaki ke dewan kuliah. pergi menaiki bas pada puku 7 pagi memandangkan kelas bermula 8 pagi dan itu hari pertama aku dan perlu awal untuk mencari dewan kuliah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. kelas pada hari itu cuma 2 jadi aku ambil kesempatan utuk melawat sekitar bagi kemudahan masa depan memandangkan uum bukan lah kecil dan mungkin akan menyebabkan kekeliruan bagi aku yang baru pertama kali disitu. sedikit sebanyak elalui perjalanan itu aku sudah mengetahui blok2 dewan kuliah dan fakulti2.

kelas ke2 aku berakhir ada pukul 5 petang. aku terus pergi untuk menunggu bas dan pulang ke dewan penginapan pelajar (DPP). agak membosankan setelah pulang kebilik kerana masing2 membuat hal sendiri. meskipun aku mendapat rakan sebilik seorang senior yang baik dan ramah. duduk bersua memang agak membosankan lebih2 lagi jika kita bukan lah dari umur yang sama dan memandangkan dia senior dan suda mempunyai ramai kawan jadi aku agak tidak senang untuk mengganggu beliau. namun beliau seorang kakak senior yang cepat mesra dan melayan aku dengan baik.

hari2 seterusnya si UUM..
tidak banyak beza. tapi apa yang pasti aku lebih suka berada di kelas kerana saat pulang kebilik aku mula bosan dan tidak tahu apa yang nak dibuat memandangkan rakan2 disekitar bilik yang lebih suka duduk dibilik. aku bukan seorang yang boleh duduk diam jadi agak menyedihkan untuk aku kerana aku akan ada masa untuk memikirkan pelbagai perkara yang menyebabkan aku kadang2 sedih dan sebak.

Friday, August 19, 2011

KESIBUKAN

Assalamualaikum wbt semue :)

dah 2 hari tak update blog atas sebab-sebab berikut :


satu :disuruh menjadi photographer untuk projek BUSANA DVAZZ oleh http://lonevslove.blogspot.com/
dua :perlu mengedit gambar-gambar yang telah diambil
tiga :kepenatan, kekurangan tidur

:: setelah selesai.akan dikongsi gambar2 yang telah diambil diruangan ini ::
    sekian.luahan pendek.

    Wednesday, August 17, 2011

    #3 RABU ! XPERLU KATA APA APA

    korang xkan jadi nak MARAH punye bile tengok muke macam ni



    suka bila berjaya TIDURkan BABY


    bila bosan buat baby MENANGIS pun best



    korang buat la muke macam mana pun wahai BABY tetap COMEL



    *notakaki : ade jugak tulis sikit2..xpe kot :)
    :pic anak mat saleh je mampu.gambar adek time baby xde dalam lappy :(



    Monday, August 15, 2011

    rahsia TANDATANGAN

    korang mesti ade t/tangan @signature kan??
    kalau xde tu tipu sangat la kan..
    tambah2 ARTIS-artis blogger macam korang ni kan..mesti bile jumpe peminat
    mesti na bagi autograph..kan.kan ??

    hari ini aku bace surat khabar yang cerita pasal tandatangan ni.
    dan ada beberapa tandatangan TOKOH dunia yang dikemukakan.

    *ini ramalan sahaja.tiada kena mengena antara hidup dan mati :)

    jom usha jom !

    satu garisan di bawah :


    seorang yang sangat yakin dan mempunyai personaliti yang hebat tetapi agak mementingkan diri sendiri.

    satu titik di bawah :
    seorang yang simple dan tenang tetapi senang hilang kepercayaan apabila dikhianati.

    dua titik di bawah :
    seorang yang romantik tetapi mudah bertukar pasangan serta lebih memilih kecantikan dan mudah menarik perhatian orang lain.

    tanpa garisan dan titik dibawah :
    *ini William Shakespeare punye t/tangan. menurut fakta. t/tangan dia plg mahal.
    *adolf hitler.nak letak dekat yang tiada kaitan ngan nama pun boleh kot.


    seorang yang seronok dengan kehidupan dengan cara tersendiri tetapi kurang memberi perhatian kepada orang lain.

    tiada kaitan dengan nama :
    *ni t/tangan Tun Dr Mahathir.xde kaitan ngan nama ke??aku main letak je. tapi nampak macam huruf M kan??
    *Osama bin Laden
    *George Bush



    seorang yang sentiasa berusaha kelihatan bijak dan yakin dengan kebolehan diri sendiri tetapi suka berselindung dan tidak suka mengambil pandangan orang lain.

    berkaitan ejaan nama tapi sukar dibaca :
    *t/tangan Obama.bagi orang yang xkenal dia susah la kot nak baca sebab nampak huruf B ngan O je.


    seorang yang kreatif dan cerdik tapi malas befikir panjang serta mudah menukar pandangan atau idea.

    huruf tidak bersambung :
    seorang yang suka berfikir, sangat mengambil berat, tidak pentingkan diri, sanggup berkorban untuk orang lain tetapi cepat mengalah dan mudah serik.

    mengikut ejaan nama dengan huruf yang jelas :

    *t/tangan Bill gates.jelas la jgk kot*


    seorang yang baik hati, boleh sesuaikan diri dengan sesiapa dalam apa jua keaadaan atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi.

    *sumber : utusan Malaysia, ahad, 14/8/2011

    *NOTAKAKI : contoh t/tangan yang lain tu aku xdapat cari la.. :)

    Saturday, August 13, 2011

    P E N C A B U L A N

    aku bukan nak cita pasal cabul / rogol yang selalu keluar kat berita tu yee..

    aku nak cerita pasal PENCABULAN HAK



    anda tahu bila hak anda dicabul.tapi tak pernah nak perasan anda telah mencabuli hak orang lain. Sebab tu kita selalu diingatkan sentiasa muhasabah diri dah mencari punca pencabulan orang lain terhadap kita. Mungkin kita pernah mencabuli hak mereka. Hak kita yang kita pertahankan itu janganlah terlalu pentingkan diri. Kita harus sedar juga akan hak-hak bersama.

    ANDA inginkan hak peribadi anda sentiasa dipertahankan.
    namun anda sering terlepas menjaga hak tersebut
    dan anda juga tidak menghormati hak peribadi orang lain
    mengapa anda bersusah susah mencari, mengorek apa yang tersimpan itu
    sedangkan mereka bersungguh-sungguh cuba mempertahankannya
    demi hak dan maruah mereka F U L L S T O P !

    notakaki: entry tentang hak asasi manusia terutamanya umat Islam akan datang.




    apa ada pada C I N T A



    keindahan dan kehebatan cinta memang diakui semua insan yang ada hati dan perasaan.

    #sebaris sajak dalam cerita AYAT2 CINTA yang menggambarkan betapa indahnya cinta

    "Cinta adalah kekuatan yg mampu
    mengubah duri jadi mawar
    mengubah cuka jadi anggur
    mengubah sedih jadi riang
    mengubah amarah jadi ramah
    mengubah musibah jadi muhibah."

    #renungkan kata-kata HAMKA pula




    "Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat."

          disebalik kata2 ini ada antara kita yang terlalu obses dan mengagungkan cinta. bukan cinta kepada pencipta, tapi cinta berlebihan kepada manusia. kita dapat perhatikan dunia sekarang yang penuh dengan manusia2 yang CINTA akan keduniaan. Tidak salah cinta pada dunia. Namun ingatan dan CINTA pada akhirat harus diperkukuhkan juga.

    ada juga antara kita yang mengaku CINTAKAN ALLAH. namun kita sering melupakannya. 

    #selami kata-kata ALI BIN ABI TALIB ini




    "Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai."

    kita juga diingatkan supaya sentiasa berpada dalam mencintai dan membenci seseorang. Kerana CINTA dan KEBENCIAAN mungkin akan terjadi sebaliknya.

    #fahami maksud kata-kata MALIK BIN DINAR

    "Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu."

    aku tertarik dengan satu kata-kata yang aku kira aku adalah insan yang tergolong didalamnya. aku merupakan insan yang mengejar dunia dan banyak perkara yang perlu aku perbaiki. 

    #mari kita insafi kata-kata AR RABI' BIN ANAS




    "Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.''

    AYUH KITA BERDOA AGAR MENDAPAT CINTA YANG MULIA DI SISI ALLAH