Sunday, December 29, 2013

#bidadari

Usai solatmu,
kumat kamit bibirmu.
Aku pasti,
tiap tadah doamu,
ada bahagian untukku.
Tuhan, jaga ibuku.

#KNbidadari

Friday, December 20, 2013

#road

Kalau jalan2 yang aku lalu nanti,
Aku tak jumpa serupa engkau,
Aku patah balik,
Aku nak kutip semua tentang kita,
bawak, jalan sama-sama #roadPN

#hinaAH

Bariskan aku dengan sejijik benda sekalipun,
ikut suka,
tidak pula aku gentar terhina dek manusia.

Janji tidak didepan Pencipta.

#hinaAH

Tuesday, October 15, 2013

Pendek.


Kalau nanti kita sua muka,
lidah aku mungkin tidak sefasih tulisanku. 
Kerana,
aku dilahir ekspresi emosi guna jari, 
bukan guna gigi.

Friday, October 4, 2013

Lembaran Tua

Lembaran mana yang kita sama-sama lalu dulu ?
Masih disitu atau sudah dirabak, dikoyak ?

Bukan singkat tempohnya,
lama.
Panjang lorongnya,
banyak destinasinya.
Takkan kau boleh lupa sekelip mata,
takkan kau bisa carik tanpa luka.

Salah. Sudah aku mengaku dulu.
Maaf. Sudah aku pohon juga.

Aku minta jawapan.
Kau diam. 
Maka aku beri masa, beri ruang,
sampai hujung dunia aku lari.

Kini, aku kembali,
konon ingin buka lembaran baru bersama engkau-engkau,
dengan inspirasi lembaran tua yang pernah catat suka dan bahagia kita,
sebelum aku cemari dengan khilaf aku.

Friday, September 27, 2013

Cuba

Perlahan-lahan,
aku cuba ubah yang tidak kena dengan aku,
serong aku, songsang aku.

Bantu aku,
bukan lemahkan aku.
Tolong aku,
bukan ketawakan aku.

Kalau rasa tak mampu,
pergi jauh-jauh.

Bukan aku kata kau bawa negatif,
tapi kalau sudah tolong melemah, tolong ketawa,
kau tak bawa positif untuk manusia baru mula bertatih macam aku.

Aku belum cukup kuat untuk lari terus dari situ,
kaki aku belum cukup besi,
belulang yang ada belum mampu menstabilkan diri.

Itu sebab aku minta kau pergi,
supaya aku mampu berdiri dan berlari sendiri,
tanpa kau menjadi tongkat.

Wednesday, September 25, 2013

Bukti

Kita baru hendak mula,
baru cuba langkah satu anak tangga,
sudah tak keruan dia, gelisah tak tentu kira.

Dihenyak dia dengan sinis senyum dan puas hatinya.
Suka barangkali,
lihat rebah lemah kita,
lihat luka dalam kita.

Tersungkur kita,
terluka seluruhnya,
sedaya upaya mahu bangkit semula.

Sudah,
mari kita bangkit semula.
bukan hanya untuk diri,
tapi untuk bukti.

Bukti pada yang menghenyak,
bukti tidak putus asa kita,
bukti kuatnya kita,
bukti Tuhan sentiasa bersama yang teraniaya.