Friday, May 30, 2014

Jasad Rentung

Sedalamnya tiap tanah yang aku gali sendiri,
untuk jasad rentung aku.
sedalam itu rasa aku mahu kurung diri.

biarlah lemas itu dengan diri aku sendiri,
biarlah sesak dada itu sebab aku sendiri.
asal aku sendiri.

tiada yang berharga untuk aku kasi,
tiada yang berguna untuk aku beri.
tiada apa-apa yang boleh bikin aku diingati.

satu jasad kosong ini,
sedang
termengah-mengah bawa hati dan diri,
terbongkok-bongkok bertongkat sakti.

Friday, April 25, 2014

Pagi Kelmarin, twitter berasap.

#1
Malam tak tunggu kau lena,
Siang tak tunggu kau jaga.
---------------------------------
Ajal tak tunggu kau sedia.

#2
Nampaknya airmata kau dah boleh bikin basah seluruh jasad kau.
Beruntunglah. Basah;nyaman.

#3
Bila-bila nanti,
kalau kau ada masa,
datanglah indahkan mimpi aku.

#4
Singkaplah satu-satu,
album lama kita dulu.

Bukan nak suruh kau balas budi.
Tapi nak kau ingat waktu kita happy.

#5
Ada dua.
Satu untuk kau, satu untuk dia.
"Mana bahagian aku? Cubitlah sikit bagi aku."

Aku dapat satu, kau separuh, dia separuh.
Adil.

#6
Nak berbantal bintang,
berselimut angin nyaman. 

Bukan sini tempatnya,
Sana.


Tuesday, April 1, 2014

#free-dom

Berjuta yang pegang pada simbolik burung merujuk bebasnya hidup.
Pada aku, bebas ; lebih dari itu.
Apa mereka tidak tahu,
penatnya terbang, gayatnya di awan, risaunya jatuh ketanah lapang?

Pada senang fikirnya, ya, seronok terbang,
Senang ke sini, sana, situ, sinun.

Fizikalnya terbang,
Tapi sayang,
jiwanya tertanam, mentalnya terjerut.

Duduklah terkurung batuan dan tempurung.
Kalau jiwa ada tenangnya, ada sucinya, ada imannya,
Terbebaslah seluruhnya.

Duduklah terlapang, seluas langit laut bumi.
Terbanglah seluruh pelusuk dunia sekalipun.
Kalau jiwa terkunci, terkurung, tersepi dan mati.
Terjeratlah, tidak juga merdeka.

Bukan sayap penentu bebasnya kita,

tapi kita, jiwa kita, hati kita, minda kita.

**aku hantar ini utk pzp2.

Sunday, December 29, 2013

#bidadari

Usai solatmu,
kumat kamit bibirmu.
Aku pasti,
tiap tadah doamu,
ada bahagian untukku.
Tuhan, jaga ibuku.

#KNbidadari

Friday, December 20, 2013

#road

Kalau jalan2 yang aku lalu nanti,
Aku tak jumpa serupa engkau,
Aku patah balik,
Aku nak kutip semua tentang kita,
bawak, jalan sama-sama #roadPN

#hinaAH

Bariskan aku dengan sejijik benda sekalipun,
ikut suka,
tidak pula aku gentar terhina dek manusia.

Janji tidak didepan Pencipta.

#hinaAH

Tuesday, October 15, 2013

Pendek.


Kalau nanti kita sua muka,
lidah aku mungkin tidak sefasih tulisanku. 
Kerana,
aku dilahir ekspresi emosi guna jari, 
bukan guna gigi.