Friday, September 27, 2013

Cuba

Perlahan-lahan,
aku cuba ubah yang tidak kena dengan aku,
serong aku, songsang aku.

Bantu aku,
bukan lemahkan aku.
Tolong aku,
bukan ketawakan aku.

Kalau rasa tak mampu,
pergi jauh-jauh.

Bukan aku kata kau bawa negatif,
tapi kalau sudah tolong melemah, tolong ketawa,
kau tak bawa positif untuk manusia baru mula bertatih macam aku.

Aku belum cukup kuat untuk lari terus dari situ,
kaki aku belum cukup besi,
belulang yang ada belum mampu menstabilkan diri.

Itu sebab aku minta kau pergi,
supaya aku mampu berdiri dan berlari sendiri,
tanpa kau menjadi tongkat.

Wednesday, September 25, 2013

Bukti

Kita baru hendak mula,
baru cuba langkah satu anak tangga,
sudah tak keruan dia, gelisah tak tentu kira.

Dihenyak dia dengan sinis senyum dan puas hatinya.
Suka barangkali,
lihat rebah lemah kita,
lihat luka dalam kita.

Tersungkur kita,
terluka seluruhnya,
sedaya upaya mahu bangkit semula.

Sudah,
mari kita bangkit semula.
bukan hanya untuk diri,
tapi untuk bukti.

Bukti pada yang menghenyak,
bukti tidak putus asa kita,
bukti kuatnya kita,
bukti Tuhan sentiasa bersama yang teraniaya.