Saturday, December 15, 2012

Kafe Kaca

aku duduk sendiri, memerhati, diperhati.
gelagat susuk manusia,
sana sini.
aku duduk diam, 
dalam kafe kaca berhawa dingin, seorang.
berteman majalah hiburan & ice blended. perisa kegemaran. Koko
hujan renyai.
menunggu. 
memerhati diluar, ada 4 manusia.
dua Adam, dua Hawa.
Ayah, Ibu, anak lelaki, anak perempuan.
keluarga manis.

sebelah sana ada susuk compang camping,
terhincut bawa diri
tiada yang peduli
hal masing-masing lebih utama.

kembali kepada keluarga manis tadi.
babak perpisahan.
oh, aku di terminal bas, untuk makluman.
ibu & anak-anak berpisah dengan suami, ayah.
entah kemana hala, tidak pula aku ketahui. 
ibu, pandang terus, tak terlepas pandang walau sesaat,
lihat ayah pergi, hilang dibalik bas-bas, hijau, kuning, biru.
ada riak sembunyi dibalik senyum. sedih. aku pasti.
anak-anak masih girang ketawa sana sini, 
sudah biasa mungkin, atau
mahu menceria ibu yang hiba.

kembali pada aku.
ya. aku masih menunggu,
di kafe kaca.
di terminal bas.
sabar dalam hujan.


Saturday, December 1, 2012

Saya, 2012 PART II


  • Sampai sudah aku tak habis fikir juga. adakah mereka sandiwara atau segala luka mereka itu sembuh dalam tempoh kerdipan mata??
  • aku fikir dalam-dalam tapi masih tiada jawapan.
  • takut juga tertelan budi baik kalian yang belum pasti terbalas oleh aku di masa hadapan.
  • maaf jika aku lancang menegur.menegah. aku juga banyak salah.
  • Jasad : duduk selang satu jari.
    Hati : jarak Bumi Matahari.
  • jalan cinta kita, belum tentu panjang, belum tentu juga pendek.
  • mencari apa yang tak hilang, mana nak jumpa. tak mencari yang hilang, konfem tak jumpa sebab tak usaha.
  • aku mohon aku jadi seorang solehah pada Yang Satu, pada yang dua, pada semua..
  • MALAM. tak banyak cerita, tak banyak ragam, namun tak juga sunyi, masih ada unggas menemani, tambah pula di ceruk desa diamnya aku.
  • Ada masa kita dilaga, disabung macam binatang kaki dua. AYAM
  • Susunan cerita dalam lakonan di pentas dunia itu diolah Dia, disunting Dia, Prop juga dari Dia. Besar kuasa Dia.
  • buku kosong, pensil kayu pemadam di bontot, lama tak pegang, lama tak conteng
  • kadang-kadang perlu kita jatuh bangun sakit pedih sendiri, supaya kita muhasabah diri, kerana hari esok itu pasti dihadapi melainkan hari ini dijemput Ilahi. semoga diberkati semua...

Monday, November 5, 2012

Jannatul Firdaus




Dear Firdaus,
instead of other, 
Allah choose u for me
Me for u.
The reason is, 
we complete each other.
I believe in His choice
and putting so much hope that u can guide me to His Jannah.
Love for u is huge.
Love for Him is everything.

sincerely,
your wife.



Thursday, November 1, 2012

S I N G L E .not a full album.




SINGLE. Describe with your own word(s).




Wednesday, October 31, 2012

#5 RABU ! XPERLU KATA APA APA

#kucing Kami



The King

Hilang. Black, we miss u :/



#kucing jalanan



sat on my lap and making a cute face. anyonyo.

Beautiful EYES. me trying to approach, he run away.





Sunday, October 28, 2012

Tak Suka Tak Apa

kenapa langkah longlai, lemah, lembab ?
Oh, maaf. Tertekan punat slow motion.
Dah kenapa pulak kau diam, tiada suara ?
Oh, Mute on.

Mati pulak kau. Off
Hidup Balik. On

Assalamualaikum sedare,
Manusia bukan boleh dicontrol guna remote control.
Kalau boleh, mungkin aman, mungkin jugak kacau dunia.

Aku pun sama ! Jangan kau senang nak On Off ikut suka.
Kehendak aku yang tiada sangkut paut dengan kau,
Jangan kau rimas tak tentu kira, tak puas hati tak semena.

kadang bila aku tegas, keras bersuara tujuan sedarkan kau.
Kau volume down kan aku, kadang-kadang mute. Sigh :/

*disaran berhenti baca sampai sini.

Ah,
Pergi kau dengan imaginasi basi kau.

Ya, aku susah dicontrol.
Tapi masih terkawal.
Memang pernah terbabas sana sini, terlanggar itu ini.
Tapi aku dapat pengawal baru.
Alhamdulillah, Allah sayang aku.

Di on button kesedaran, keinsafan.
Di dekatkan aku dengan manusia GPS, tunjuk arah itu ini.

Banyak button ditambah.
Alhamdulillah, kawalan pengkalan data terkawal.

Wednesday, October 24, 2012

Dari Saya, Untuk Awak.

Jauh.
Bukan kita,
Organ dalam kita, Hati.

Jasad : duduk selang satu jari.
Hati : jarak Bumi Matahari.

Maaf. Aku sayang kau.
Rapat. Itu buat aku sakit.
Percaya. Kau tak letak itu pada aku.
Nilai. Entah kemana, kosong..
Faham. Terima.
Bukan semua kau faham, bukan semua kau terima.
Tapi. Baik, Buruk. Mustahil kau tak dapat beza.

Sambil lewa.
Masuk kanan keluar kiri.
Kata aku bagai tercurah permukaan kalis air.
Kesan, TIADA.

Kasar.
Sekali lagi MAAF.



Saturday, October 20, 2012

Saya, 2012 PART 1

Sekadar Gambar Hiasan. *LAPAR


"kau curi pandang aku atau aku curi pandang kau ? PERASAN." -Saya, 2012


"berada disekeliling aku, kalau merungsingkan, menyemakkan, pergi jauh-jauh. MOHON" -Saya, 2012


"kalau tanpa aku kau masih boleh bahagia, maksudnya aku kurang makna berbanding dia. TERUSKAN." -Saya, 2012


"Maafkan aku jika yang salah itu aku, tunjukkan aku jika yang tidak tahu itu aku" -Saya, 2012


"Kadang-kadang manusia itu, manusia ini singgah dalam hidup kita, jangan harap untuk dia terus berada dalam hidup kita, kerana perjalanan mereka masih jauh" -Saya, 2012


"Satu je saya nak pesan, awak dah berjaya nanti kalau awak nak lupakan saya, saya tak kisah, tapi jangan lupakan Allah"-Saya 2012

"aku mana ada abang, tapi kalau nak bagi aku sorang dua boleh jugak" -Saya, 2012

"it is better for u not to be in my shoes, it wont fit". -Saya, 2012

"penat tak bermakna aku perlu berhenti" -Saya, 2012

"Aku nak suami arkitek~ sebab nak bina masjid kan, eh?" -Saya, 2012

"Setiap masa bukan tentang kau je. Orang lain juga perlu masa, ruang, peluang" -Saya, 2012

"Be thankful la syg ! Allah kurnia itu ini. Cari potensi diri, bukan negatif terhadap diri mohon simpati. Okay?" -Saya, 2012

"Saat aku cuba memahami tapi aku xpaham-paham, ketuk kepala aku ! *tingtong sikit kengkadang" -Saya, 2012

"upaya capai awan.mimpi sampai bintang.jangan lupa bumi dipijak !" -Saya, 2012

"Awak tahu saya suka sape, tapi tak tahu saya suka awak" -Saya, 2012

"awak.update status selalu xbermakna awak layak jadi penulis.status kalau best xape.heh.perasan pulak awak ni" -Saya, 2012

"manfaat disebalik itu perlu kita kaji.jangan membabi buta" -Saya, 2012

"bukan mandi hujan namanya kalau xhujan lagi.gila" -Saya, 2012

"hikmah tu perlu dikaji sebalik peristiwa pahit.bukan caci maki bila disakiti." -Saya, 2012

"rela undur diri.bukan mahu lari." -Saya, 2012

"kalau sayang tanpa letak kepercayaan aku klasifikasikan sebagai sayang membabi buta, boleh ?" -Saya, 2012

"Petang Jumaat yang mendung kelabu, Tengahari Jumaat yang hujan menderu, Pagi Jumaat yang mcm selalu. Malam Jumaat ?? mana aku nak tahu" -Saya, 2012

#MEREKA 

"aku tak reti pujuk kawan perempuan" -Nurfatin, 2012

"aku lebih suka menyendiri dari biar hati dirobek rakus berkali" -Shaika Nadwah, Ralat, 2012




Saturday, October 6, 2012

Sony Vaio ?

Belum pernah aku jumpa manusia sekonkrit kau.
Pertahan hujah sendiri,
Hentam pandangan lain itu ini.
Hebat kau perisai diri.

Kau ada mulut diperbuat besi.
Memang kata kau keras.
Bukan kadang-kadang, selalu.

Aku serabut itu ini.
Kau tiada kena mengena.
Sampai sekarang tiada kaitan, hubungan dengan kau.
Alhamdulillah.


Thursday, October 4, 2012

Tangan Bangku

Kaku, bangku, tak laku
Ahh ! bikin malu

Penulisan aku kayu
"Kau kata"
Aku pun rasa.

Alasan Aku
"aku bukan budak sastera, aku budak kewangan,
pelajar kira-kira, pelajar mata duitan"

Kalau boleh aku mahu menulis guna Kalkulator saintifik.
Kalau boleh !
Aku mahu guna rumus logarithm, trigonometry.
Aku mahu guna Balance Sheet, Income Statement.
Supaya kau pening kepala. Kejam.

Tekan. Tekan. Tekan.
Kalkulator Saintifik fx-570MS sudah tidak keluar angka.
Yang keluar hanya titik-titik kosong infiniti.
Tutup. Tidur.



Tuesday, October 2, 2012

S i O T

Ahhhh, pergi jauh-jauh
Tak guna hurung aku,
Cari mati ke ?

Bebelan pada nyamuk saat duduk sebatang kara di balkoni.

"Kenapa kau tak pernah cuba faham aku"

Terngiang tiba-tiba suara manusia paling aku tak boleh blah, marah pada nyamuk tak hilang lagi, Siot !kalau suara sedap tak apa, ini tak, tok wan aku punya suara pun sedap lagi. Bikin panas telinga ayat kau ni. Panas.

Kau cuba cerita rasional apa untuk aku faham kau ? Kita ada apa-apa ke ? tak, rasanya. Betul.

Kalau tadi aku boleh biar kau dengan kata bertanda soal tidak berjawab, kau tanya lagi mungkin kau akan cedera di mana-mana bahagian badan. Jangan tanya. Fikir !

Pemahaman kau tentang aku belum cukup masak punca kerana kenal belum cukup lama, jadinya, aku juga. Vice Versa

Kalau itu masih juga otak kau blur untuk hadam, kau perlu ambil masa, duduk diam-diam, berdiri sorang-sorang. Ambil masa, fikir rasional soalan kau, fikir rasional ketidak isian tempat kosong dari aku.

Memang aku tak pernah faham kau dan tak kan cuba faham kau, sebab tiada keperluan lagi. Serabut.

Aku belum kenal betul dengan kau, makanya, belum masa kau persoal aku tentang pemahaman aku tentang kau. Kau siapa ?

*Siot : kau guna, aku guna, kadang-kadang atau selalu. Masih tak jelas juga maksudnya, kalau ikut klasifikasi bahasa, pensyarah kata ini perkataan zaman ini, zaman laman sosial, zaman budak-budak merosak bahasa.

*huruf 'i' aku kecilkan kerana aku suka i yang bertitik, maknanya aku tak suka huruf 'i' besar dan lagi satu aku suka iPhone !


Friday, September 28, 2012

Aku Percaya Dia



Percaya.
Aku bertitik tolak
Dari satu kawasan hitam
Dengan satu lembaga
Tidak hitam, tapi Gelap.

Anggota kiri kanan dihulur,
supaya aku bisa melangkah mengikut dia
Supaya aku tidak sesat
Dalam pekat likat kawasan hitam
Benak melahirkan aku kepercayaan
Yang buat aku sambut
Anggota kiri kanan yang dihulur.

Tenang.
Percaya.
Saat itu aku letak 100%
Kerana mungkin juga hanya dia yang aku ada
Mungkin juga kerana dia adalah dia.

Selamat.
Ya, si lembaga yang aku percaya tadi
Dia bawa aku kepada cahaya
Bawa aku kepada lorong-lorong yang jelas kelilingnya.

Hilang.
Terima kasih tidak terucap
Sudah tiada si lembaga gelap
Yang ada hanya sebatang aku dan bayang hitam
Mana mahu aku cari
Masuk semula kawasan gelap
Tidak ! arah mana seterusnya masih juga aku buntu
Masuk semula hanya akan buat aku mati

Kerana
Tidak mungkin ada dua tiga kali
Tidak mungkin ada dua tiga makhluk lain
Yang boleh aku percaya
Untuk bawa aku keluar sepertimana dia.

Terima Kasih
Dengan harapan kau lembaga dalam gelap
Mendengar ucapan aku..

Gambar Hiasan

Friday, September 21, 2012

diGEMUKkan CINTA

Mendefinisikan Gemuk sebagai suatu keadaan dimana bila kau bersama manusia saiz aku, saiz kurus makanya saat itu kau gemuk, namun tidak bila berkeliling manusia sesaiz kau, kau akan jadi normal.

Mentafsir cinta dari sudut sempit, sudut entah apa-apa, cinta manusia.
Cinta yang kalau pandang sini sana, ruang dan ceruk mana, tetap sesempit sardin dalam tin, tak terbanding dengan cinta satu lagi, Cinta Agung Milik Dia.

Maka dimajmukkan gemuk dan cinta itu, dan ditambah imbuhan 'di' dan 'kan' aku tafsirkan bila ada susuk manusia, didodoi cinta, disuap makan minum cinta, dia jadi obes, lemak cinta sana-sini, senang cerita Body Mass Index dia itu pada level Overweight pada skala melebihi angka 30.

Punca utama manusia digemukkan cinta, ya Anda terutamanya, kerana kandungan cinta anda mengandungi berjuta kalori, mana tidaknya, ditibai segala macam, syok memang syok macam makan KaweFriedChipmunk, burger MakinChubbyDol.

Punca dua, awal mula cinta mula bercucuk tanam dipinggir bibir, masa poket masih basah, fulus hasil tajaan atau pinjaman masih berkepok, makanya kau belanja cinta kau pelbagai, gemukkan cinta kau. Tapi sayang, kau lupa satu, pil DuniaKurus dan JamuRajaAyahTeruna makanya yang dicintai terobesiti cinta.

Kesan jangka pendek, sederhana, panjang lebih kurang sama imbalannya, jadi tidak kiralah, jika sudah digemukkan cinta, bila masa akhir cinta, kecundang tengah, tepi, atau separuh jalan sekalipun pasti masalah besar mahu kurus diri. Sana sini, korek, sedut lemak cinta yang sudah sebati. Mati ! Jangan sampai digemukkan cinta, masuk kolam tenggelam. 

Thursday, September 20, 2012

Semak !

aku bukan tak cuba menjadi positif dalam sesuatu hal

tapi perlu ke untuk aku menjadi terlalu terbuka
menerima sesuatu yang bukan cara aku?

bukan sempit ! tetapi semak !

maaf !
cara kau bukan cara aku
berterus terang kadang-kadang menyakitkan orang
lebih baik aku diam

bukanlah aku terasa bagus
tapi senang ! ringkas ! 
kadang-kadang ruang perlu diberi
peluang perlu dicari

bila apa aku rasa
kau tak rasa sama
peduli rasa masing-masing
sebab itu aku
bukan kau.
dan kau bukan aku.

Bawa hala masing-masing,
ikut jalan masing-masing
bila nak habis?
itu kemudian cerita.



Sunday, September 9, 2012

Lafaz Yang Tersimpan

mungkin entry ini tidak dibaca oleh beliau.
namun tetap juga aku ingin tujukan ini buat dia.
kerana dia satu, pertama, utama dalam hidup aku..

ya ! satu-satunya Ayah aku.
Lelaki pertama dalam hidup aku.
Lelaki utama di hati aku.

ayah,,
maaf jika anak kedua ini banyak menyusah, meresahkan hatimu..
maaf jika kata terlucut dari anak ini menghiris hatimu..
maaf juga jika aku gagal sempurna tugasku dan amanahmu..
maaf ayah jika tingkah aku, laku aku tak mengikut ajaranmu.

Tuesday, September 4, 2012

Kita Manusia Mana ?

Manusia itu,
Langkah dia terhenti,
Terpana dek keindahan dunia,
Tenggelam dia dalam asyik terbuai serba serbi, warna warni dunia.

Manusia satu lagi,
Indah mana dunia,
Dia teruskan perjalanan,
Dia kumpul bekalan,
Menuju destinasi satu lagi,
Destinasi yang lebih indah,
Yang tidak sementara sifatnya.

Namun,
Dalam kejaran ke destinasi kekal itu,
Dunia tidak diabai manusia lagi satu,
kerana teguhnya pegangannya,
"Jangan tinggalkan dunia untuk akhirat
Jangan tinggalkan akhirat untuk dunia"

simetrikan, seimbangkan dunia & akhirat,
Semoga manusia-manusia tak kira itu atau satu lagi,
akhirnya sampai ke alam lagi satu yang pasti, kekal abadi.

Bila-bila kita boleh disesatkan oleh kelemahan dan kedaifan diri,
Maka persiap diri,
Hadapi yang di depan,
Toleh kebelakang sekali sekala ambil pengajaran,
Jangan terus longlai dek masa lalu,
Masa depan perbaiki,
Moga cukup bekalan untuk bawa disana nanti.

Monday, September 3, 2012

Separuh Jiwaku Pergi

bunga depan rumah
by : Jannah Ayub


bila ada masa dan ketika,
jiwa dirundung duka,
hati dirundung sepi,
dalam duka dan sepi,
diri didatangi insan pekerti bestari.

yang duka, yang sepi
dipipiskan jauh, melayang pergi.
terima kasih insan pekerti bestari,
penceria jiwa dan hati,
pendorong dekati Ilahi.

sekarang separuh jiwa yang pergi,
aku redhakan pergi.
dan separuh yang tinggal kini,
kini ditumbuhi kecintaan pada pemilik hati.

Sunday, September 2, 2012

Si Buta, Si Tuli, Si Bisu

kau memperlaku sang buta,
umpama celik benar dia.
kau memperlaku sang tuli,
umpama dengar benar dia,
kau memperlaku sang bisu,
umpama petah benar dia.

tapi berbeda langit bumi perlakuaan,
pada yang celik, yang sihat telinga, yang petah bicara
umpama buta, tuli dan bisu.

lakumu langgar rasional akal fikirku.
atau mungkin luar kotak fikir aku harus terokai
supaya searus fikiranku dengan lakumu.

aku cari jawapan ikut lakumu,
aku cari jawapan pada sang buta, tuli dan bisu.

Menyerah bukan kalah.

jika cinta aku pada dia
membuat yang lain derita,
apa harus aku hentikan cinta
pedulikan rasa
bukan rasa dan cinta yang cuma dari aku
rasa dan cinta dia juga terjejas.

jika aku mengalah,
jika dia juga berserah,
maka aku redha,
kerana cinta aku bukan lagi untuk dia
dan cinta dia bukan untuk aku.

yakin aku,
tak mati aku tanpa cinta manusia
yang penting Allah ada menjaga dan memelihara.

Monday, August 13, 2012

Adam, Hawa & Saira II

Taip, padam, taip padam.
Berulang-ulang perkara sama diulang oleh Adam.
"oh, tak tenang lah tak bagitahu diorang lagi"
"Saira ni mana pulak, tak reply mesej, hurmmm"
 Adam terus berbisik pada hati.
 Terus hanyut dalam gelap malam , Saira tidak juga membalas mesej., makanya berhenti fikir. Jam di meja sudah hampir jam 1 pagi , maka kaki melangkah lemah ke bilik air, bersihkan diri, ambil wudhuk.
Adam siap untuk merehatkan mata, esok perlu bangun awal pagi, ada event penting.

......................................................................................................................................

Usai Subuh, duduk di tikar sembahyang, dibuka kitab suci, berbalut merah, warna kegemarannya.

Bersiap, handphone dicapai, mendail

"Assalamualaikum, Saira"
"Waalaikumussalam, ha Adam, sori semalam tak balas mesej, orang dah tidur time tu"
"Oh, tak pe, Adam pun mesej dah lewat malam sangat"
"Adam nak bagitahu apa semalam?"
"Errmmmm, kita jumpa la senang, free tak harini?"
"Harini ? petang nanti baru free, okay??"
"Okaylah, nanti jumpa dekat tempat biasa nak Adam ambik ke, nak datang sendiri?"
"tak pe lah, nanti orang datang sendiri"
"Okay, jumpa nanti lah, Assalamualaikum"
"InsyaAllah, waalaikumussalam"

.............................................................................................................................................

Saira mundar mandir, bayang Adam masih juga tidak kelihatan, hampir 15 minit menunggu.

"Saira ! laung Adam dari jauh"
"Ha, sampai pun, ingatkan tak jadi, kenapa lambat ?"
"Sori, sori, Event tadi start lambat so habis lambat jugak, lama eh tunggu?"
"lama la jugak, dalam 20 minit, nak call tadi takut kacau event Adam, so orang tunggu jela, ingatkan dah tak jadi and dah nak gerak balik tadi, hehe"
"Okay, jom pergi Kafe tu, Adam belanja"

...........................................................................................................................................

"Alhamdulillah, akhirnya lepas jugak satu beban dekat kepala" Bisik Adam sambil senyum sampai telinga.
"Call Hawa lah"

"Hai Hawa, Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam, hoi, bahagianya suara, ha, mesti ada apa-apa ni, ceritalah-ceritalah"
"ehem, bahagia sangat ni haa, tapi tak nak cerita on phone, tak best, haha"
"pulak, habis tu call ni nak apa? nak menunjuk lah tu tengah bahagia, sengal ! "
"Hahahaha, mana adalah, nak tanya, esok cuti ada buat apa-apa tak?"
"macam biasa lah Adam, hari cutikan Hawa dengan Saira balik rumah Umi dengan Abah"
"Okay, Okay, bye Hawa, Assalamualaikum"
"EH? waalai........ "
tot, tot
"Waalaikumussalam, apa hal dengan Adam ni, terus letak je, sengal !"

....................................................................................................................................

"Bismillahirrahmanirrahim, ku pohon petunjuk Dia, ku pohon restu mereka, untuk menghalalkan kau buat diriku."

"Cinta, sudah ku temu walimu, sudah diizin aku, hanya tunggu kau angguk setuju".

Si cinta berbaju kurung merah, terhenti gerak di depan pintu rumah umi dan abah.

.............................................................................................................................

*kau bebas fikir akhirannya, happy ending yang kau mahu, maka persembahkannya.

Friday, August 10, 2012

Adam, Hawa & Saira

pesanan ringkas Adam untuk Hawa,
'Hawa, Adam nak bagitahu satu benda ni"

Hawa balas,
"kenapa Adam, nak bagitahu apa?"

menunggu balasan SMS Adam, entah kenapa berdebar, lama pulak rasanya masa diambil Adam memberitahu hal yang satu itu..

Adam bermonolog : macam mana nak bagitahu Hawa ni, kenapa payah sangat tangan nak menekan Send ni. Padahal sebelum ni, kalau ada apa-apa laju je aku bagitahu Hawa, dan Hawa dengan senang hati dan baik hati akan tolong aku. Tapi hal yang ini, aduh, payahnya. 

tot,tot "terhenti lamunan Adam"

SMS dari Hawa
"Adam kenapa? cakap nak bagitahu sesuatu. Ada masalah ke?"

direnung kosong SMS Hawa,

Adam balas 
"errmmm, tak ada apa-apalah hawa, nanti-nanti lah Adam bagitahu. Hawa jangan fikir sangat pulak, hal kecik je ni, okay, tq Hawa."

Hawa tarik nafas panjang, tak juga habis fikir apa yang ingin Adam sampaikan sebenarnya. "abaikan je la, Adam kata hal kecik je, nanti dia bagitahu lah" 

Hawa balas 
"okay ! kalau dah ready cerita la. Assalamualaikum."

Adam fikir lagi
"atau mungkin aku bagitahu Saira dulu, tapi................................."

...........................................................bersambung...................................................................

Wednesday, August 8, 2012

Tangga ke berapa ?

Saat aku gagahkan kaki melangkah,
satu-satu anak tangga aku pijak,
dalam longlai, dalam lambat.

langkah penuh dengusan.
anak tangga jadi mangsa,
pasti sakit dilanyak lama.

terhenti,
sudah dua puluh anak tangga,
rasa lama, panjang.

kadang-kadang,
terpaksa aku patah balik,
dan ada masa.
aku langkah dengan cermat dan cepat.
tapi tak selalu.

berhenti lama di tangga dua puluh,
banyak gagal aku,
walau aku mula langkah dari tangga sembilan belas,
dengan sinar, dengan ada kekuatan.
tapi longlai nampaknya bila tiba disitu.

nekad aku,
mahu berjaya naik ke atas,
supaya dapat aku tinggalkan tangga dua puluh ini,
dengan semahunya-mahunya,
supaya tangga atas aku lebih jaya, lebih gembira.

Saturday, July 28, 2012

KAU : aku keluar dulu.

Assalamualaikum..

aku mahu mula cerita tentang kau, tentang aku.

Untuk kau,
Saat aku jalan keluar dari hidup kau, jangan expect aku berhenti melangkah, melangkah lemah atau jatuh dalam mencari jalan keluar dari hidup seorang kau.. Dan jangan kau bersusah payah bet dengan sepupu sepapat kau aku akan patah balik terkinja-kinja dalam hidup kau.

Kerana, saat aku mula jumpa jalan keluar,
Yang aku sendiri cipta, cari sekian lama,
Aku nampak cahaya terang, aku nampak warna benderang.
Aku malah lihat pelangi tujuh warna,
Lihat, betapa Yang Esa tunjuk kekuasaanNya.
Dan betapa aku ambil keputusan betul keluar dari kancah hidup itu, bersama kau.

Untuk kau lagi,
Aku menyesal itu ya !
Tapi, saat aku bersama kau, pengalaman yang mengajar aku macam-macam yang buat aku lebih baik. SO, terima kasih juga buat kau,
Dan, aku cuba heret kau keluar bersama, cari jalan keluar bersama.
Tapi tangan aku di tolak, yang mampu sekarang, DOA, aku akan terus doa untuk kau.
Kerana mungkin kau hadir sebagai titik negatif dalam hidup aku, tapi kau juga tempat mula aku kenal sesuatu.

*untuk kau : kenangan itu, pengalaman itu ajar aku banyak perkara. TQ

Wednesday, July 25, 2012

TERpendek :/

mood : terpaksa memaksa

aku paksa otak, konfem keluar karutan entah apa-apa.
tapi kalau tak paksa, mana nak ada idea?
memang kadang-kadang, jarang-jarang datang menegak sendiri idea tu.
dan selalunya tak. itu yang susah, terpaksa memaksa.
maka perahlah otak, bukan nak bagi kering, cuma nak terbit satu karya lembab dan suam-suam untuk manusia berjaga malam.

masalah : ada ke yang sudi baca? *abaikan

tettttttttt. dem, stuck, hang, server down --> merujuk otak

pejam mata, bukak mata, klip pok klip pok, kepala berisi otak landing atas meja.

bang ! jatuh ! bukan aku. Buku.

buku kosong, pensil kayu pemadam di bontot, lama tak pegang, lama tak conteng.

bertukar wajah. kertas putih ada lukisan hati, huruf blok ! ah, kegemaranku, #nostalgik

kertas putih sudah penuh, habis ruangan putih new post nak isi apa?
nak conteng apa? guna apa? conteng guna arang ? eh, tak nak, guna kapur lah. invisible...

...............................................................bersambung.........................................................

#ada ke sambungan ? *pengsan

Berjalan Tanpa ADAM

Aku Hawa, aku wanita negara metropolitan *sangat ! hidup sudah 20 tahun, Alhamdulillah, panjang umur, tapi aku masih sering diterjah Nas Ahmad dengan soalan kenapa masih berjalan, melangkah sendiri tanpa Adam? eh eh. siapa Adam? setakat ini aku harung, redah lari sana sini hulur hilir jalani hidup penuh gelora, kemarau, tsunami, salji, macam-macam. banyak benda juga telah aku tempuh, tempoh 20 tahun bukan tempoh yang singkat.

Stranger dan kenalan tanya, Adam mana? Oh, aku tak jumpa dia lagi, mana aku tahu. Ha itu jawapan.

Empunya tulang rusuk Hawa entah mana, Hawa pun tak tahu, itu rahsia Allah kan? Tanda Tanya paling besar adalah SIAPA ADAM? entah pernah Hawa jumpa, atau bakal Hawa jumpa, entah mana rupa, dari mana asal. penat fikir.

Bagi Hawa, usia 20 tahun tak perlu terkejar mencari Adam, jika datangnya pada usia ini, haruslah redha, terima, tapi so far, masih tidak berbayang, maka Allah ada masa lebih sesuai.

Bukan Hawa tak cari Adam, Hawa doa selalu pada Allah semoga Allah dekatkan hati Hawa dan Adam, dan semoga Adam Hawa tak terlepas pandang hadir masing-masing.

Tapi, sekarang, Hawa-Hawa dan Adam-Adam ada yang seakan belangkas sana sini, yang tidak Halal diusung sana sini, itu bukan cinta, itu nafsu.

Hawa mungkin tidak sebaik mana, tapi Hawa yakin janji Allah, Allah cipta kita macam kasut, SEPASANG. Hawa juga mahu klimaks indah saat tahu siapa Adam.

So, jangan sampai dikalahkan nafsu.

#kepada Adam :peace ;)

Sunday, July 22, 2012

Dua Isi.

Intro.
lenggok kipas kiri kanan, oh nyaman,
mendayu lagu dicorong headphone, oh layan..
FB dan Twitter jadi peneman, oh kawan-kawan.

waktu biasa, Malam, spesifiknya tengah malam.
bezanya hari ini Ramadhan pertama.
atas katil empuk, duduk, postur kurang elok untuk tulang belakang.
bengkok, bongkok,  oh lenguh !
bukan tiada meja, tapi saja.

cukuplah intro setakat itu, berjela rasanya.

Isi satu.
Perihal kita, cerita kita. datang dari background berbeza, tapi masih ada similariti antara kita yang buat kita jadi belangkas, sentiasa bersama. tapi masih ada lubang sana-sini, masing-masing masih lagi bercanggah itu ini. tapi belajar dari satu episod, ke satu episod. nampak ada juga kesinambungan, ada sambungan dan perkaitan, belajar kita dari situ. noktah.


Isi dua.
perihal mereka, yang di luar ruang litup kita. kadang-kadang ada pandang skeptik perihal kita, hubungan kita. Ah ! sekali lagi, ayat biasa aku guna, PERSETAN mereka. Ada masa kita dilaga, disabung macam binatang kaki dua, ayam. seronok mungkin. ada yang nampak jelas modus operandinya, ada yang tidak, payah yang tidak itu, bahaya.

Kesimpulan.
tak banyak cerita, tiba-tiba sampai konklusi, maaf, isi hanya dua, intro berjela-jela. perihal kita, hubungan kita, biar berlandas agama, perlu yakin jika hubungan kita bina atas dasar menjalin ukhuwah, tidak melanggar perintah yang Di Atas, selagi itu jentolak, kren segala bagai tidak memutus silaturrahim antara kita. Kembali pada Dia, yakin atas cinta Dia. semoga persahabatan kita sampai syurgaNya.

#untuk mereka-mereka yang kita suka.

Friday, July 20, 2012

Bukan Bogel Menuju Tuhan !

baru mahu mula menulis, aku kena berhenti, azan berkumandang, aku perlu sahut itu, ya Solat dahulu, berdosa dilengahkan.

pause.

Alhamdulillah, usai....
awal tadi, pada babak satu tulisan ini, aku kemarau idea, hanya mahu tulis ikut mahunya jari tekan papan kekunci, ya ! kering, kontang, tandus, gersang, kosong. tapi saat mula duduk usai solat tadi, terpandang pada buku tulisan manusia lelaki yang jadi inspirasi aku, Zahiril Adzim, 'Bogel Menuju Tuhan'. memang terinspirasi.

aku mahu tulis tentang watak kita di pentas besar, bukan pentas pilih kasih, Dunia namanya, Pentas Dunia. kita pegang pelbagai watak walau kita hanya satu roh, satu. kita hero juga heroin, kita antagonis juga protagonis. ah ! menarik bukan pentas dengan satu jiwa yang bawa berjuta karakter, hidup mati karakter terletak pada pandangan pemerhati, ya. Dia. Susunan cerita dalam lakonan di pentas dunia itu diolah Dia, disunting Dia, Prop juga dari Dia. Besar kuasa Dia.

terhenti. idea mati. terpaksa akur.
entah ada sambungan entah penamatnya ini.
kalau ada sambungan entah ada yang menanti, pembaca untuk ini pun aku tidak pasti wujud tidaknya.

Agenda Utama !

entri ini ditulis juga dalam gelap, berbantu cahaya dari hartaku yang bernama vaio yang sampai saat ini masih boleh diguna pakai, jangka hayat sudah mengjangkau angka 1 tahun lebih. entah berapa lama lagi mampu berkhidmat untuk aku agaknya. mungkin benda alah ini mengharap ihsan dari aku menggunakannya penuh tertib.nasib badan dapat tuan ganas.

ah ! merapu panjang tentang benda alah ini buat apa.
berbalik kepada agenda asal. entri ditulis dengan tujuan menyemarakkan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. bulan penuh Ramhat.

aku mohon Allah panjangkan umur kita semua menempuh bulan Ramadhan ke akhirnya, semoga syafaat di dalamnya kita peroleh, semoga kita semakin dekat dengan Yang maha Esa ini.

ambil peluang, ambil ruang dalam bulan mulia ini untuk pertingkat amalan, perbaiki diri, melonjak diri ke fasa lebih mulia disisi Dia.

kesimpulannya, Salam Ramadhan. Assalamualaikum

Tuesday, July 17, 2012

Percaya & Yakin

Ya Allah, sesungguhnya benar banyak salahku, banyak silap ku, banyak jahatku, tak terhitung dosaku. Ya, sesungguhnya aku benar-benar berdosa. namun Tuhanku, masih lagi aku diberi peluang, masih lagi aku diberi ruang, rahmat, rezeki.

Ya Allah, aku pohon keampunan dariMu. semoga apa yang Engkau kurniakan kepada, segala kesenangan itu ini membawa aku lebih dekat kepadaMu.

Cukuplah bagiku Ya Allah,
aku mohon pimpinan dariMu, agar aku terus berada dalam rahmat dan redhoMu.Ya Tuhanku..
sesungguhnya tak tertebus dosaku, tak terhitung jahilnya aku.

Aku minta peluang Ya Allah, aku minta pintu taubatMu terbuka untukku sebelum sampai ajalku.kurniakan aku kekuatan untuk terus berada dijalanMu dan menjadi lebih baik. Sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani...

PetunjukMu aku tagih. Redho, rahmat dan keampunanMu ku rintih. jadikan aku Syuhada dijalanMu. wahai Tuhan sekalian alam.

Sungguh sampai saat ini tidak layak rasanya diri ini meminta, tapi kerana yakin Tuhanku sentiasa memberi pada yang meminta, aku pohon jua Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaMu ini Ya Allah dan Kau jugalah perancang apa yang bakal aku tempuh didepan.Maka Ya Allah, aku pohon rencanakanlah yang baik untukku, keluargaku, dan yang disekelilingku..

Ya Allah sesungguhnya kau mengetahui segala yang ada di langit dan bumi. Kurniakan aku kekuatan, ketenangan, kefahaman dijalanMu..

Monday, July 16, 2012

Manusia Parah !

oh, bercerita soal pandangan, pendapat. itu ini beza kau aku dia, senang cerita semua. bertelagah, bergaduh, perang, debat sana sini hulu hilir tujuan pertahan ego masing-masing dengan pendapat yang masing-masing. entah mana satu betul.

keputusan akhir, jangan hanya ikut majoriti setuju jika taktik, modus operandi putar alam yang diguna, suap sana sini, kaburi mata dengan kata nilai segumpal wang, harta, pangkat, kedudukan. 

Ya Tuhan ! mentaliti dunia makin parah, virus menular resap minda manusia yang konon minda berkelas, kelas pertama dua tiga. buat itu ini ikut kepala masing-masing, tak peduli halal haram. yang penting matlamat dalam genggaman penumbuk tangan yang longlai. ini kita gelar "matlamat menghalal cara"

tidak kasar jika aku katakan manusia berakal sekarang semakin keji. guna akal gaya apa? seakan kepala lutut. entah bila akhir semua ini? sekarang makin rabun sudah mahu buta angkara godaan dunia !

toleh kiri kanan, timur barat bukan ambil positif, banyak negatif yang dicedok. janji cita ter-realisasi. Maka tidak hairan jika Yang Esa diatas sana timpa ujian tak tertampi !

duduk, fikir, bertindak.
renung kosong tak guna satu habuk !

Sunday, July 15, 2012

Dua Pagi bulan Syaaban

ahh.. malam gelap hitam pekat kelam suram seram. berjaga aku seorang hamba pada yang Esa, seorang anak pada yang dua, seorang kakak pada yang tiga, seorang adik pada yang satu. itu ruang litup hidup seorang aku setakat ini. InsyaAllah aku mohon aku jadi seorang solehah pada Yang Satu, pada yang dua, pada semua..

tak banyak cerita, tak banyak ragam, malam tak juga sunyi, masih ada unggas menemani, tambah pula di ceruk desa diamnya aku, seorang aku. ya, kampung, masih ada hijau, masih ada unggas, masih ada ayam itik. semua yang patut tidur sudah lama lena dibuai mimpi barangkali, entah indah entah ngeri.

pandang aku sana sini, ah gelap ! yang menyuluh hanya cahaya dari sebuah mesin ciptaan manusia. bunyi kipas, bunyi unggas, bunyi tup tap jari menaip entri untuk hari ini. ya! ditaip kala idea datang tiba-tiba, nak dipaksa tak boleh juga, nanti entah apa repekan, kutukan, amukan aku kemuka.

mata masih gagah, masih cerah bak kata orang tua-tua. ya, sampai sekarang. masih !

mungkin catatan ini tak bermakna, tiada isi, tiada cerita, tiada konflik segala bagai, ini mungkin hanya repekan pagi hari, masa yang aku curi menulis ini bukan aku harapkan nilai kosong, tapi harap diri lebih improve dalam hal yang ini, ya. Menulis. minat aku, kesukaan aku, mungkin juga bakal jadi kerjaya jika aku bersungguh berusaha.

yang pasti jalan aku masih jauh, masih samar, kelam, suram, sama seperti malam.

Saturday, July 14, 2012

Siapa Jatuh ??

ini gambar aku punya bukan uncle google

saat aku terjatuh, jika tangan xmampu kau hulurkan, kirimkan doa untuk aku supaya aku terus kuat untuk bangkit semula menghadapi realiti hidup yang kelihatan beronak, berombak badai segala macam.. jatuh bangun aku kau saksikan, kadang tercapai tangan menghulur bantuan, kadang tidak. jadi aku cuba memahami. ya ! kadang-kadang perlu kita jatuh bangun sakit pedih sendiri, supaya kita muhasabah diri, kerana hari esok itu pasti dihadapi melainkan hari ini dijemput Ilahi. semoga diberkati semua...


Friday, July 13, 2012

N.U.R


kita selalu cari cahaya, tapi kadang-kadang tak jumpa
berlari sana sini cari cahaya. sampai hujung tak jumpa-jumpa.
entah apa silap, cahaya yang dikejar, malap, gelap.

*SALAM JUMAAT penuh Rahmat
semoga disinari cahaya Yang Esa :)

Thursday, July 12, 2012

ini bukan vice versa

sini mari nak cerita, duduk diam-diam. cerita soal sebaliknya, terbalik, berbalik dan bukan apam balik.

ha ! kau kata jahat pada orang itu, dia balas sebaliknya, maksudnya balas baiklah. bila orang buat tahi dengan kau, cuba kau balas sebaliknya, jangan kentut dimuka, cuba bagi muka senyum kambing,muke innocent bahagia seakan tiada apa berlaku baq hang, seriously, dia akan tidak keruan, tidak tahu berbuat apa lagi! sekarang persetan sahaja orang buat tahi. balas sebaliknya, baru dia tahu kuasa seBALIKnya, kau pun kalau buat tahi, aku suruh orang gelak guling-guling tanda bahagia, ada pepatah kata, Love your enemies.  It makes them so damned mad. hoyeah orang buat tahi dengan kau sayanglah dia, mesti dia malas nak buat dah.


moral of the story, tak payah nak bermusuh sesama makhluk, babe ! kita hidup tak lama, entah esok lusa giliran kita...

Wednesday, July 11, 2012

cerita atas bantal !

TUNDUK.BISU.KAKU


apa yang merewang dikepala saat ini buat aku fikir macam-macam. kenapa itu.kenapa ini.macam mana itu.macam mana ini?? segala yang sampai sekarang aku belum juga habis fikir. masih separuh masak. kalau ranum boleh jugak petik makan. alih-alih sampai sekarang buntu. banyak kurang aku, itu ini kurang. sekarang cuba pertingkatkan diri sampai satu saat rasa kosong. macam hilang jiwa, hilang rasa, hilang deria lah senang cerita.


mencari apa yang tak hilang, mana nak jumpa. tak mencari yang hilang, konfem tak jumpa sebab tak usaha. gelap cerah gelap cerah. lip lap lip lap buat pening kepala. itu deskripsi hidup seorang AKU sekarang. gambaran fisikal aku kadang-kadang tak menyeluruh tentang siapa aku. aku rasa insan lain juga begitu. pasti ada yang nak disorok sebalik semak, belukar, ah ! selagi ada ceruk, janji gambaran positif luaran tertonjol yang negatif, tak jugak negatif, mungkin yang tak best itu mesti nak sembunyi kan. kenapa? soalan bodoh kan? 


ha ! sekarang bila orang luar bulatan hidup kita fikir, anggap, describe lain macam bukan salah mereka yang pasti. kalau kita tunjuk gambar beruang, tak kan pula gajah mereka lihat. jadi jika orang ambil kira pasal kau seperti gambaran fisikal yang kau tunjuk, maka terima sahajalah. jangan salahkan mereka, jika kau tunjuk muka, fisikal suka gurau kasar. kau terima saja, kau mula, jangan nak sentap tiba-tiba. malu mana nak sorok muka bang?


tapi yang pasti ada manusia boleh bawak kompromi, bawak berbincang, bawak kaunseling dengar ceramah kau pasal diri sendiri. bersyukurlah kalau ada yang jadi penyumbang telinga setia. sekurang-kurangnya lepas ni tahu la dia macam mana nak react depan kita. kalau jumpa yang macam ni, ambik jadi kawan lah berader. boleh dengar kau, boleh menggedik dan menggila. susah nak cari sekarang u olls. yang ada, sila bersyukur Alhamdulillah.. 


okaylah, berbalik kepada yang terbalik. aku sekarang kurang sesuatu, cuba tambah perisa, cuba cari cinta Dia, terima kasih yang cuba sedarkan aku, bimbing aku. sekian, sesungguhnya karpen (shortform KARangan PENdek) ini hanya soal aku dan sekarang aku tak TUNDUK.BISU.KAKU lagi dah.

Sunday, July 8, 2012

Mimpi Sampai Bintang

kadang-kadang hidup perlukan angan-angan.
supaya gagah melangkah ke depan.
kerana angan-angan juga boleh jadi impian tinggi.cita-cita mulia.
jika setiap langkah kita sentiasa cuba mengejar angan itu.


*ingat mula segala dengan Bismillah 

Thursday, July 5, 2012

Jalan Cinta

jalan cinta kita, 
belum tentu panjang,
belum tentu juga pendek,
tapi aku yakin ! pasti berliku...

mungkin liku itu mampu kita lalui
mungkin juga tidak.
mungkin hanya kau sampai hujung
mungkin juga aku.
mungkin juga kita...
yang aku harapkan kita.ya kita sampai hujung sana...

dan jika kita sampai hujung..
semoga kita dalam redhaNya.
jika tidak....
maka ada perancangan lebih mulia dariNya...
pasti ada yang lebih baik untuk kau.untuk aku..

CInta itu lebih mulia dengan redhaNya..
Serahkan semua pada pemilik cinta Yang Maha Esa..
Semoga akhirnya syurgaNya milik kita bersama :)

Tuesday, May 29, 2012

Bukan Janji,Pastinye ! adoiyyy ;)

aku pedih.letih.
dengan kata janji basi.
yang tersembur dari mulut insan itu.

mungkin kau berhak menabur janji.
tapi kau berhak tepati janji.
bukannya menyahkan kata semata tanpa tindakan susulan.
yang seharusnya,sepatutnya dan semestinya!
sejajar simpul jari janji.

faham?kalau tak mampu.
jangan semai janji.
yang akhirnya bukan membuahkan pasti.
tapi terludah kata keji dari sang penuntut janji.

cuba sedar!
janji itu kau semai.harus kau suburkan.
baru si penuntut janji tuai hasil.

Tuesday, April 17, 2012

Kalau Kawan: TEGUR !

mugkin sering aku xpeduli
mungkin sering aku melukai
mungkin sering aku marahi.

pada mereka...

jadi.
itu punca aku xdipeduli
xdifahami.

ya ! aku perlu sedar.perlu berubah.
tapi jika aku salah.jika aku lampaui batas. 
kenapa diamkan.
ITU BUKAN KAWAN.

maaf jika aku lancang menegur.menegah.
aku juga banyak salah.
tegur aku.marah aku kalau perlu.
jangan biar aku terus salah.
kalau kawan.tegur.
kalau mahu aku hancur.persetan semua yang aku lakukan.

tolong faham aku.
ya susah ! 
aku juga cuba faham kalian.
memang susah !
tapi aku cuba.
bukan aku menuding kata hanya aku yang mencuba.
tapi aku ada rasa.rasa yang kau xfahami aku.

yang aku lihat kini cuma satu.
persahabatan ini nilainya masih kurang.
yang ada mungkin banyak ketawa.
tapi selami jiwa itu tidak lagi jumpa.



Wednesday, April 4, 2012

Sebak.Sesak

Tak tahu kenapa tiba-tiba hati sebak.sesak.
terfikir tiba-tiba tentang Mak dan Ayah.
Mengalir deras tiba-tiba bila fikir pengorbanan mereka.
Pada aku terutamanya.
terlalu banyak rasanya anak ini menyusahkan.
Tapi xpernah mereka rungut.
terlalu banyak juga dosa aku pada mereka.
Yang tiba-tiba mengasak otak.fikir.renung.sedih.

Kasih sayang, kesenangan, kemudahan mereka curah.
Namun tetap juga kadang-kadang aku siakan.
celik wahai hati.lihat pengorbanan itu.
jangan siakan.
jangan sampai saat penyesalan tidak lagi berguna.
mereka.aku pasti akan pergi mengadap Ilahi.
apa yang harus aku pastikan kini.
sisa umur yang ada aku perlu buktikan pada mereka.
Ya. mungkin tidak terlihat kepedihan mereka saat melihat aku gagal.
kerana mereka kuat untuk aku.
tapi kenapa kegagalan itu aku tetap juga ulangi.
tak berhati perutkan insan ini menyakiti Mak Ayah berkali-kali.
Bangun Angah! Bangun Nuruljannah !
Bangun untuk kebahagiaan Mak dan Ayah...

Ambil Kira Semua

L E M A H. L E T I H
namun belum aku mampu bebankan minda insan lain fikirkan aku.
kerana mungkin masalah mereka juga belum terlerai.
kerana masih lagi aku mampu simpan sendiri.
mana mungkin mereka memikir masalah lain dari insan lain.
jika ada kebarangkalian untuk fikir dalam keadaan susah payah mereka.
mereka adalah insan-insan mulia yang sentiasa ada untuk aku.
dan saat ini.aku juga susah payah berusaha menjadi insan mulia yang sentiasa ada untuk mereka.
mungkin tidak buat selamanya. namun biar cukup sampai syurga.
kerana yang susah dan payah itu aku harap ada barakahnya.
yang mampu bawa aku dan mereka ke gerbang syurgaNya.

Wednesday, March 7, 2012

Tertelan Budi !

Bila hati marah itu.
Cuma aku yang perlu faham.
Bila insan yang aku sayang.
Hipokritnya terlindung dalam kebahagiaan.

Bila yang marah itu lavanya habis dihembus ke dinding muka buku.
sampai puas meluah, sampai habis haba merah.
baru puas.

dan aku juga yang akhirnya terpaksa pejam mata.
diam seketika. berfikir lama
tapi mana mungkin aku terus diam.
bila yang terpancar pada wajah mereka itu hanya kebahagiaan.
yang aku sendiri tidak faham.
Ikhlas atau tidaknya.

Terpaksa juga aku mengikut haluan itu.
Kerana ada hati lain perlu dipelihara saat itu.
Bukan mahu aku cipta alasan hipokrit saat itu.
Tapi aku tak mahu merosak suasana.

Sampai sudah aku tak habis fikir juga.
adakah mereka sandiwara atau segala luka mereka itu sembuh dalam tempoh kerdipan mata??

Aku mahu positif. meski saat itu hati sakit.
kerana sayang aku pada insan-insan itu.
Yang mungkin menganggap aku si jahat tak punya hati perasaan.
si jahat yang bermulut longkang.
Mungkin cuma aku yang perlu cermin diri.

dan Terima kasih atas layanan kalian yang baik.
walaupun kadang-kadang pahit aku telan.
kerana sukar aku membaca hati kalian.
aku fikir dalam-dalam tapi masih tiada jawapan.
takut juga tertelan budi baik kalian yang belum pasti terbalas oleh aku di masa hadapan.

Friday, February 17, 2012

fakta menarik tentang kelahiran :)

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji

Thursday, February 16, 2012

untuk yang bergelar SAHABAT

satu masa dulu.aku mencuba menjadi sahabat yang sempurna.sampai ada sahabat terluka.
satu masa dulu aku menilai sebelum mendekati.ada sahabat menjauhi
satu masa dulu aku benci tanpa fahami. ada sahabat aku sakiti
satu masa dulu aku suka memilih. ada sahabat tersisih
sekarang insan-insan itu pergi tinggalkan aku.


kerana aku. sebab aku. puncanya aku.


sekarang.
yang ada disisi aku.
antaranya ada yang pernah aku sakiti, lukai, dendami.
tapi masih lagi mereka ada disisi.
ikhlas mereka aku hargai kini.
kemaafan yang mereka beri aku sanjungi


namun jika ada kalian hadir bukan tujuan mendekati dan memahami.
jangan kalian pergi sebelum dapat apa yang dihajati.
kerana mungkin dalam dendam dan benci.
ada sesuatu pada diri ini kalian sukai.


aku mungkin bukan sahabat yang baik.
aku mungkin bukan sahabat yang patut dicontohi.
mungkin juga bukan sahabat yang memahami.


tapi satu aku minta.
pergi dari aku jika aku bukan yang terbaik.
pergi dari aku jika dendam sudah kau lunasi.
pergi dari aku jika ikhlas itu tidak hadir.
pergi dari aku jauh-jauh.


maafkan aku sahabat
jika aku pernah melukai dan menyakiti.
maaf jika tutur aku.tingkah aku kasar.


pengecut ! panakut !
ya! itu aku
aku takut. takut akan hilang insan-insan yang pernah ada disisi.


dan sahabat !
terima aku seadanya aku.
tegur aku jika salah itu aku.
jangan menjaga hati semata.
itu bukan sahabat.itu jahat.


:entry ini ikhlas dari hati buat sahabat yang sentiasa ada bersama tak kira susah senang. dan kemaafan aku pohon dari kalian semua. sesungguhnya aku sayang kalian:


dan saat ini ditulis.airmata jatuh.sebak,sesak atas kekhilafan diri.

Tuesday, February 14, 2012

Kepala Otak.Kepala Lutut

dan bila tiba satu saat itu
terawang satu titik perkara di kepala


runsing. pusing. pening


nak dihentak
nak dihantuk
kepala ini bukan punya yang lain. aku punya
kepala ini juga bukan titik punca. cuma kepala


yang menggerakkan titik fikir itu
khazanah dalam kepala
yang mengisi penuh kosong kepala


ya! itu otak kepala
atau kepala otak!


diisi dalam otak itu akal. guna buat fikir


konklusinya
akal dalam otak.otak dalam kepala.


dan kepala letak lutut itu bodoh!
jadi jangan letak lutut.
lutut itu juga sudah ada kepala.
kepala lutut. ya kepala tak berotak.

Cinta tak terungkap itu normal

dan terkadang cinta tak terungkap
itu normal


dan bila terucap perlahan
itu juga normal


maka yang luar biasa pada ucapan dan kata cinta itu 
bila apa? bagaimana rupa?


bila nafsu kuasai minda
lafaz indah tiada makna lagi
bila rupa ukuran cinta
entah mana ikhlasnya


jika cinta pada Yang Satu itu juga diambil kira bila mana perlu
mungkin berkira juga Yang Esa itu mahu kurnia rahmatnya
tak layak kita persoal
tak layak kita meminta
jika bila bencana tiba baru ada rasa cinta
jika bila terbit cinta kala susah sahaja


cinta seluas itu masih juga diabai
cinta seindah itu masih juga terbiar
apa ada lagi sisa cinta Dia untuk kita?



Sunday, February 12, 2012

aku kau atau kau aku?

aku bukan mahu dipersoal
sebab jawapan kadang-kadang bukan dengan aku
mungkin kelancangan aku menjengkelkan
kau pun dua kali lima jugak.


bukan manusia kalau tak silap
tapi itu bukan alasan untuk silap selalu
sedar itu satu
pegang itu satu


kau aku repair diri
jangan tuding jari berkuku saje
kita sama sahaja
tak banyak lainnya


aku kau xperlu melatah lebih
sebab..
kadang-kadang kita bukan kira menaik 123
kadang-kadang menurun 765


dunia putar alam 
atau kau aku putar belit
masing-masing pendirian tegak macam benang basah
hakikat sebenar bengkok macam tiang lampu


senang kata
senang suruh
cuba bikin
mampu tak mampu?


kehendak masing-masing


penamatnya nanti
belum tentu kau
belum tentu aku
tuhan tahu
kau aku tak tahu.

Friday, February 10, 2012

Lapis Fikir Manusia

dasar cengkerik.
malam bising
ada kata irama malam
ada kata peneman jiwa
ada kata bingit telinga

persoalan bukan pada kenapa cengkerik dicipta
tapi pada beza langit bumi pemikiran manusia

otak fikir lain cara
namun kadang-kadang ada sama

komplek pemikiran manusia
bukan sesimple sarang lelabah
bukan seringkas gumpalan benang
bukan semudah algebra

kalau simple ringkas mudah
nilai apa lagi ada?

baik sekomplek 123
biar sesukar ABC

baru mampu mencabar !
sejauh mana pergi pemikiran masing-masing
mungkin sejauh azan dan iqamat
mungkin sedekat langit dan bumi

segala macam yang mungkin.
teruskan penularan daya fikir.

Friday, February 3, 2012

kata cinta



Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan

Janganlah kau tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, karena pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.
Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan
bersama hikmah yang tersembunyi. Pernahkan kau berfikir kebesaranNya itu ?

Cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta.


Thursday, February 2, 2012

Famous Glamourous

wahai famous glamourous sekalian.
apa macam hidup kalian. penuh warna atau putih hitam

kemana sahaja kau. mampu lagi ke untuk sana sini
atau sekarang berlari sembunyi takut dihurung ?
susah banyak senang banyak juga. guna sajalah mana satu pun
kau kena pandai la ikut sesuai masa
time perlu kau guna la kelebihan apa ada.

kadang kau fikir kau hebat kau menindas
kadang tak juga. kau okey saja. kau ada sisi bagusnya.

bila tertimpa tsunami.
'manusia biasa juga kami ini' terpacul.
alasan nan satu itu kadang-kadang pedih ulu hati juga dengar.
bila pelangi selepas kemarau jengah.
kau akan rasa kau hebat
sudah jadi manusia luar biasa barang kali sampai hidung tinggi

bukan mahu mengata semua famous glamourous
tapi ada pecahan dari nilai 1 itu.
mungkin tak besar pecahan jahat
mungkin juga tak besar pecahan baik
mana satu pun tetap ada pecahan bukan?

jadi insan famous glamourous

jaga diri.bawa diri.cermin diri.

Seni Sampah

kemas selerakan
seni sampah itu
ada yang kata itu
ada kata ini
persetan kata itu ini

makna apa kita cari
kalau itu ini betul
itu ini salah
kau juga yang serabut kepala
hentak hantuk sana sini
itu akan jadi
ini akan jadi
itu ini tak jadi-jadi

makna nilai kata itu ini
serakan kata yang itu ini
jalannya tidak juga
seni sampah juga warna warni
pandangan cukup dramatis seni sampah
dari kata itu ini yang tak jalan
lengkapan seni dengan bauan
dengan keceriaan warna
dengan perspektif ruang
itu ini seni sampah.

Thursday, January 5, 2012

kadang-kadang aku selalu....




kadang-kadang mulut salah cakap
kadang-kadang hati salah sangka.
kadang-kadang otak silap baca.

selalu aku salah.
selalu juga aku marah.
selalu juga aku mengalah.

sekarang aku kadang-kadang fikir.
sekarang aku selalu pelik.
kenapa dulu kadang-kadang aku selalu berdendam.

hah ! sekarang aku paham.
selalu kena maafkan.
kesalahan orang lakukan kadang-kadang.
kesalahan aku lakukan mungkin selalu.
biarlah orang tak selalu maafkan.
biarlah aku maafkan walaupun hanya kadang-kadang mereka salah.
mungkin aku selalu banyak salah.
tapi.maafkan aku walaupun kadang-kadang susah untuk kamu semua.