Friday, September 28, 2012

Aku Percaya Dia



Percaya.
Aku bertitik tolak
Dari satu kawasan hitam
Dengan satu lembaga
Tidak hitam, tapi Gelap.

Anggota kiri kanan dihulur,
supaya aku bisa melangkah mengikut dia
Supaya aku tidak sesat
Dalam pekat likat kawasan hitam
Benak melahirkan aku kepercayaan
Yang buat aku sambut
Anggota kiri kanan yang dihulur.

Tenang.
Percaya.
Saat itu aku letak 100%
Kerana mungkin juga hanya dia yang aku ada
Mungkin juga kerana dia adalah dia.

Selamat.
Ya, si lembaga yang aku percaya tadi
Dia bawa aku kepada cahaya
Bawa aku kepada lorong-lorong yang jelas kelilingnya.

Hilang.
Terima kasih tidak terucap
Sudah tiada si lembaga gelap
Yang ada hanya sebatang aku dan bayang hitam
Mana mahu aku cari
Masuk semula kawasan gelap
Tidak ! arah mana seterusnya masih juga aku buntu
Masuk semula hanya akan buat aku mati

Kerana
Tidak mungkin ada dua tiga kali
Tidak mungkin ada dua tiga makhluk lain
Yang boleh aku percaya
Untuk bawa aku keluar sepertimana dia.

Terima Kasih
Dengan harapan kau lembaga dalam gelap
Mendengar ucapan aku..

Gambar Hiasan

Friday, September 21, 2012

diGEMUKkan CINTA

Mendefinisikan Gemuk sebagai suatu keadaan dimana bila kau bersama manusia saiz aku, saiz kurus makanya saat itu kau gemuk, namun tidak bila berkeliling manusia sesaiz kau, kau akan jadi normal.

Mentafsir cinta dari sudut sempit, sudut entah apa-apa, cinta manusia.
Cinta yang kalau pandang sini sana, ruang dan ceruk mana, tetap sesempit sardin dalam tin, tak terbanding dengan cinta satu lagi, Cinta Agung Milik Dia.

Maka dimajmukkan gemuk dan cinta itu, dan ditambah imbuhan 'di' dan 'kan' aku tafsirkan bila ada susuk manusia, didodoi cinta, disuap makan minum cinta, dia jadi obes, lemak cinta sana-sini, senang cerita Body Mass Index dia itu pada level Overweight pada skala melebihi angka 30.

Punca utama manusia digemukkan cinta, ya Anda terutamanya, kerana kandungan cinta anda mengandungi berjuta kalori, mana tidaknya, ditibai segala macam, syok memang syok macam makan KaweFriedChipmunk, burger MakinChubbyDol.

Punca dua, awal mula cinta mula bercucuk tanam dipinggir bibir, masa poket masih basah, fulus hasil tajaan atau pinjaman masih berkepok, makanya kau belanja cinta kau pelbagai, gemukkan cinta kau. Tapi sayang, kau lupa satu, pil DuniaKurus dan JamuRajaAyahTeruna makanya yang dicintai terobesiti cinta.

Kesan jangka pendek, sederhana, panjang lebih kurang sama imbalannya, jadi tidak kiralah, jika sudah digemukkan cinta, bila masa akhir cinta, kecundang tengah, tepi, atau separuh jalan sekalipun pasti masalah besar mahu kurus diri. Sana sini, korek, sedut lemak cinta yang sudah sebati. Mati ! Jangan sampai digemukkan cinta, masuk kolam tenggelam. 

Thursday, September 20, 2012

Semak !

aku bukan tak cuba menjadi positif dalam sesuatu hal

tapi perlu ke untuk aku menjadi terlalu terbuka
menerima sesuatu yang bukan cara aku?

bukan sempit ! tetapi semak !

maaf !
cara kau bukan cara aku
berterus terang kadang-kadang menyakitkan orang
lebih baik aku diam

bukanlah aku terasa bagus
tapi senang ! ringkas ! 
kadang-kadang ruang perlu diberi
peluang perlu dicari

bila apa aku rasa
kau tak rasa sama
peduli rasa masing-masing
sebab itu aku
bukan kau.
dan kau bukan aku.

Bawa hala masing-masing,
ikut jalan masing-masing
bila nak habis?
itu kemudian cerita.



Sunday, September 9, 2012

Lafaz Yang Tersimpan

mungkin entry ini tidak dibaca oleh beliau.
namun tetap juga aku ingin tujukan ini buat dia.
kerana dia satu, pertama, utama dalam hidup aku..

ya ! satu-satunya Ayah aku.
Lelaki pertama dalam hidup aku.
Lelaki utama di hati aku.

ayah,,
maaf jika anak kedua ini banyak menyusah, meresahkan hatimu..
maaf jika kata terlucut dari anak ini menghiris hatimu..
maaf juga jika aku gagal sempurna tugasku dan amanahmu..
maaf ayah jika tingkah aku, laku aku tak mengikut ajaranmu.

Tuesday, September 4, 2012

Kita Manusia Mana ?

Manusia itu,
Langkah dia terhenti,
Terpana dek keindahan dunia,
Tenggelam dia dalam asyik terbuai serba serbi, warna warni dunia.

Manusia satu lagi,
Indah mana dunia,
Dia teruskan perjalanan,
Dia kumpul bekalan,
Menuju destinasi satu lagi,
Destinasi yang lebih indah,
Yang tidak sementara sifatnya.

Namun,
Dalam kejaran ke destinasi kekal itu,
Dunia tidak diabai manusia lagi satu,
kerana teguhnya pegangannya,
"Jangan tinggalkan dunia untuk akhirat
Jangan tinggalkan akhirat untuk dunia"

simetrikan, seimbangkan dunia & akhirat,
Semoga manusia-manusia tak kira itu atau satu lagi,
akhirnya sampai ke alam lagi satu yang pasti, kekal abadi.

Bila-bila kita boleh disesatkan oleh kelemahan dan kedaifan diri,
Maka persiap diri,
Hadapi yang di depan,
Toleh kebelakang sekali sekala ambil pengajaran,
Jangan terus longlai dek masa lalu,
Masa depan perbaiki,
Moga cukup bekalan untuk bawa disana nanti.

Monday, September 3, 2012

Separuh Jiwaku Pergi

bunga depan rumah
by : Jannah Ayub


bila ada masa dan ketika,
jiwa dirundung duka,
hati dirundung sepi,
dalam duka dan sepi,
diri didatangi insan pekerti bestari.

yang duka, yang sepi
dipipiskan jauh, melayang pergi.
terima kasih insan pekerti bestari,
penceria jiwa dan hati,
pendorong dekati Ilahi.

sekarang separuh jiwa yang pergi,
aku redhakan pergi.
dan separuh yang tinggal kini,
kini ditumbuhi kecintaan pada pemilik hati.

Sunday, September 2, 2012

Si Buta, Si Tuli, Si Bisu

kau memperlaku sang buta,
umpama celik benar dia.
kau memperlaku sang tuli,
umpama dengar benar dia,
kau memperlaku sang bisu,
umpama petah benar dia.

tapi berbeda langit bumi perlakuaan,
pada yang celik, yang sihat telinga, yang petah bicara
umpama buta, tuli dan bisu.

lakumu langgar rasional akal fikirku.
atau mungkin luar kotak fikir aku harus terokai
supaya searus fikiranku dengan lakumu.

aku cari jawapan ikut lakumu,
aku cari jawapan pada sang buta, tuli dan bisu.

Menyerah bukan kalah.

jika cinta aku pada dia
membuat yang lain derita,
apa harus aku hentikan cinta
pedulikan rasa
bukan rasa dan cinta yang cuma dari aku
rasa dan cinta dia juga terjejas.

jika aku mengalah,
jika dia juga berserah,
maka aku redha,
kerana cinta aku bukan lagi untuk dia
dan cinta dia bukan untuk aku.

yakin aku,
tak mati aku tanpa cinta manusia
yang penting Allah ada menjaga dan memelihara.