Saturday, December 15, 2012

Kafe Kaca

aku duduk sendiri, memerhati, diperhati.
gelagat susuk manusia,
sana sini.
aku duduk diam, 
dalam kafe kaca berhawa dingin, seorang.
berteman majalah hiburan & ice blended. perisa kegemaran. Koko
hujan renyai.
menunggu. 
memerhati diluar, ada 4 manusia.
dua Adam, dua Hawa.
Ayah, Ibu, anak lelaki, anak perempuan.
keluarga manis.

sebelah sana ada susuk compang camping,
terhincut bawa diri
tiada yang peduli
hal masing-masing lebih utama.

kembali kepada keluarga manis tadi.
babak perpisahan.
oh, aku di terminal bas, untuk makluman.
ibu & anak-anak berpisah dengan suami, ayah.
entah kemana hala, tidak pula aku ketahui. 
ibu, pandang terus, tak terlepas pandang walau sesaat,
lihat ayah pergi, hilang dibalik bas-bas, hijau, kuning, biru.
ada riak sembunyi dibalik senyum. sedih. aku pasti.
anak-anak masih girang ketawa sana sini, 
sudah biasa mungkin, atau
mahu menceria ibu yang hiba.

kembali pada aku.
ya. aku masih menunggu,
di kafe kaca.
di terminal bas.
sabar dalam hujan.


Saturday, December 1, 2012

Saya, 2012 PART II


  • Sampai sudah aku tak habis fikir juga. adakah mereka sandiwara atau segala luka mereka itu sembuh dalam tempoh kerdipan mata??
  • aku fikir dalam-dalam tapi masih tiada jawapan.
  • takut juga tertelan budi baik kalian yang belum pasti terbalas oleh aku di masa hadapan.
  • maaf jika aku lancang menegur.menegah. aku juga banyak salah.
  • Jasad : duduk selang satu jari.
    Hati : jarak Bumi Matahari.
  • jalan cinta kita, belum tentu panjang, belum tentu juga pendek.
  • mencari apa yang tak hilang, mana nak jumpa. tak mencari yang hilang, konfem tak jumpa sebab tak usaha.
  • aku mohon aku jadi seorang solehah pada Yang Satu, pada yang dua, pada semua..
  • MALAM. tak banyak cerita, tak banyak ragam, namun tak juga sunyi, masih ada unggas menemani, tambah pula di ceruk desa diamnya aku.
  • Ada masa kita dilaga, disabung macam binatang kaki dua. AYAM
  • Susunan cerita dalam lakonan di pentas dunia itu diolah Dia, disunting Dia, Prop juga dari Dia. Besar kuasa Dia.
  • buku kosong, pensil kayu pemadam di bontot, lama tak pegang, lama tak conteng
  • kadang-kadang perlu kita jatuh bangun sakit pedih sendiri, supaya kita muhasabah diri, kerana hari esok itu pasti dihadapi melainkan hari ini dijemput Ilahi. semoga diberkati semua...