Saturday, July 28, 2012

KAU : aku keluar dulu.

Assalamualaikum..

aku mahu mula cerita tentang kau, tentang aku.

Untuk kau,
Saat aku jalan keluar dari hidup kau, jangan expect aku berhenti melangkah, melangkah lemah atau jatuh dalam mencari jalan keluar dari hidup seorang kau.. Dan jangan kau bersusah payah bet dengan sepupu sepapat kau aku akan patah balik terkinja-kinja dalam hidup kau.

Kerana, saat aku mula jumpa jalan keluar,
Yang aku sendiri cipta, cari sekian lama,
Aku nampak cahaya terang, aku nampak warna benderang.
Aku malah lihat pelangi tujuh warna,
Lihat, betapa Yang Esa tunjuk kekuasaanNya.
Dan betapa aku ambil keputusan betul keluar dari kancah hidup itu, bersama kau.

Untuk kau lagi,
Aku menyesal itu ya !
Tapi, saat aku bersama kau, pengalaman yang mengajar aku macam-macam yang buat aku lebih baik. SO, terima kasih juga buat kau,
Dan, aku cuba heret kau keluar bersama, cari jalan keluar bersama.
Tapi tangan aku di tolak, yang mampu sekarang, DOA, aku akan terus doa untuk kau.
Kerana mungkin kau hadir sebagai titik negatif dalam hidup aku, tapi kau juga tempat mula aku kenal sesuatu.

*untuk kau : kenangan itu, pengalaman itu ajar aku banyak perkara. TQ

Wednesday, July 25, 2012

TERpendek :/

mood : terpaksa memaksa

aku paksa otak, konfem keluar karutan entah apa-apa.
tapi kalau tak paksa, mana nak ada idea?
memang kadang-kadang, jarang-jarang datang menegak sendiri idea tu.
dan selalunya tak. itu yang susah, terpaksa memaksa.
maka perahlah otak, bukan nak bagi kering, cuma nak terbit satu karya lembab dan suam-suam untuk manusia berjaga malam.

masalah : ada ke yang sudi baca? *abaikan

tettttttttt. dem, stuck, hang, server down --> merujuk otak

pejam mata, bukak mata, klip pok klip pok, kepala berisi otak landing atas meja.

bang ! jatuh ! bukan aku. Buku.

buku kosong, pensil kayu pemadam di bontot, lama tak pegang, lama tak conteng.

bertukar wajah. kertas putih ada lukisan hati, huruf blok ! ah, kegemaranku, #nostalgik

kertas putih sudah penuh, habis ruangan putih new post nak isi apa?
nak conteng apa? guna apa? conteng guna arang ? eh, tak nak, guna kapur lah. invisible...

...............................................................bersambung.........................................................

#ada ke sambungan ? *pengsan

Berjalan Tanpa ADAM

Aku Hawa, aku wanita negara metropolitan *sangat ! hidup sudah 20 tahun, Alhamdulillah, panjang umur, tapi aku masih sering diterjah Nas Ahmad dengan soalan kenapa masih berjalan, melangkah sendiri tanpa Adam? eh eh. siapa Adam? setakat ini aku harung, redah lari sana sini hulur hilir jalani hidup penuh gelora, kemarau, tsunami, salji, macam-macam. banyak benda juga telah aku tempuh, tempoh 20 tahun bukan tempoh yang singkat.

Stranger dan kenalan tanya, Adam mana? Oh, aku tak jumpa dia lagi, mana aku tahu. Ha itu jawapan.

Empunya tulang rusuk Hawa entah mana, Hawa pun tak tahu, itu rahsia Allah kan? Tanda Tanya paling besar adalah SIAPA ADAM? entah pernah Hawa jumpa, atau bakal Hawa jumpa, entah mana rupa, dari mana asal. penat fikir.

Bagi Hawa, usia 20 tahun tak perlu terkejar mencari Adam, jika datangnya pada usia ini, haruslah redha, terima, tapi so far, masih tidak berbayang, maka Allah ada masa lebih sesuai.

Bukan Hawa tak cari Adam, Hawa doa selalu pada Allah semoga Allah dekatkan hati Hawa dan Adam, dan semoga Adam Hawa tak terlepas pandang hadir masing-masing.

Tapi, sekarang, Hawa-Hawa dan Adam-Adam ada yang seakan belangkas sana sini, yang tidak Halal diusung sana sini, itu bukan cinta, itu nafsu.

Hawa mungkin tidak sebaik mana, tapi Hawa yakin janji Allah, Allah cipta kita macam kasut, SEPASANG. Hawa juga mahu klimaks indah saat tahu siapa Adam.

So, jangan sampai dikalahkan nafsu.

#kepada Adam :peace ;)

Sunday, July 22, 2012

Dua Isi.

Intro.
lenggok kipas kiri kanan, oh nyaman,
mendayu lagu dicorong headphone, oh layan..
FB dan Twitter jadi peneman, oh kawan-kawan.

waktu biasa, Malam, spesifiknya tengah malam.
bezanya hari ini Ramadhan pertama.
atas katil empuk, duduk, postur kurang elok untuk tulang belakang.
bengkok, bongkok,  oh lenguh !
bukan tiada meja, tapi saja.

cukuplah intro setakat itu, berjela rasanya.

Isi satu.
Perihal kita, cerita kita. datang dari background berbeza, tapi masih ada similariti antara kita yang buat kita jadi belangkas, sentiasa bersama. tapi masih ada lubang sana-sini, masing-masing masih lagi bercanggah itu ini. tapi belajar dari satu episod, ke satu episod. nampak ada juga kesinambungan, ada sambungan dan perkaitan, belajar kita dari situ. noktah.


Isi dua.
perihal mereka, yang di luar ruang litup kita. kadang-kadang ada pandang skeptik perihal kita, hubungan kita. Ah ! sekali lagi, ayat biasa aku guna, PERSETAN mereka. Ada masa kita dilaga, disabung macam binatang kaki dua, ayam. seronok mungkin. ada yang nampak jelas modus operandinya, ada yang tidak, payah yang tidak itu, bahaya.

Kesimpulan.
tak banyak cerita, tiba-tiba sampai konklusi, maaf, isi hanya dua, intro berjela-jela. perihal kita, hubungan kita, biar berlandas agama, perlu yakin jika hubungan kita bina atas dasar menjalin ukhuwah, tidak melanggar perintah yang Di Atas, selagi itu jentolak, kren segala bagai tidak memutus silaturrahim antara kita. Kembali pada Dia, yakin atas cinta Dia. semoga persahabatan kita sampai syurgaNya.

#untuk mereka-mereka yang kita suka.

Friday, July 20, 2012

Bukan Bogel Menuju Tuhan !

baru mahu mula menulis, aku kena berhenti, azan berkumandang, aku perlu sahut itu, ya Solat dahulu, berdosa dilengahkan.

pause.

Alhamdulillah, usai....
awal tadi, pada babak satu tulisan ini, aku kemarau idea, hanya mahu tulis ikut mahunya jari tekan papan kekunci, ya ! kering, kontang, tandus, gersang, kosong. tapi saat mula duduk usai solat tadi, terpandang pada buku tulisan manusia lelaki yang jadi inspirasi aku, Zahiril Adzim, 'Bogel Menuju Tuhan'. memang terinspirasi.

aku mahu tulis tentang watak kita di pentas besar, bukan pentas pilih kasih, Dunia namanya, Pentas Dunia. kita pegang pelbagai watak walau kita hanya satu roh, satu. kita hero juga heroin, kita antagonis juga protagonis. ah ! menarik bukan pentas dengan satu jiwa yang bawa berjuta karakter, hidup mati karakter terletak pada pandangan pemerhati, ya. Dia. Susunan cerita dalam lakonan di pentas dunia itu diolah Dia, disunting Dia, Prop juga dari Dia. Besar kuasa Dia.

terhenti. idea mati. terpaksa akur.
entah ada sambungan entah penamatnya ini.
kalau ada sambungan entah ada yang menanti, pembaca untuk ini pun aku tidak pasti wujud tidaknya.

Agenda Utama !

entri ini ditulis juga dalam gelap, berbantu cahaya dari hartaku yang bernama vaio yang sampai saat ini masih boleh diguna pakai, jangka hayat sudah mengjangkau angka 1 tahun lebih. entah berapa lama lagi mampu berkhidmat untuk aku agaknya. mungkin benda alah ini mengharap ihsan dari aku menggunakannya penuh tertib.nasib badan dapat tuan ganas.

ah ! merapu panjang tentang benda alah ini buat apa.
berbalik kepada agenda asal. entri ditulis dengan tujuan menyemarakkan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. bulan penuh Ramhat.

aku mohon Allah panjangkan umur kita semua menempuh bulan Ramadhan ke akhirnya, semoga syafaat di dalamnya kita peroleh, semoga kita semakin dekat dengan Yang maha Esa ini.

ambil peluang, ambil ruang dalam bulan mulia ini untuk pertingkat amalan, perbaiki diri, melonjak diri ke fasa lebih mulia disisi Dia.

kesimpulannya, Salam Ramadhan. Assalamualaikum

Tuesday, July 17, 2012

Percaya & Yakin

Ya Allah, sesungguhnya benar banyak salahku, banyak silap ku, banyak jahatku, tak terhitung dosaku. Ya, sesungguhnya aku benar-benar berdosa. namun Tuhanku, masih lagi aku diberi peluang, masih lagi aku diberi ruang, rahmat, rezeki.

Ya Allah, aku pohon keampunan dariMu. semoga apa yang Engkau kurniakan kepada, segala kesenangan itu ini membawa aku lebih dekat kepadaMu.

Cukuplah bagiku Ya Allah,
aku mohon pimpinan dariMu, agar aku terus berada dalam rahmat dan redhoMu.Ya Tuhanku..
sesungguhnya tak tertebus dosaku, tak terhitung jahilnya aku.

Aku minta peluang Ya Allah, aku minta pintu taubatMu terbuka untukku sebelum sampai ajalku.kurniakan aku kekuatan untuk terus berada dijalanMu dan menjadi lebih baik. Sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani...

PetunjukMu aku tagih. Redho, rahmat dan keampunanMu ku rintih. jadikan aku Syuhada dijalanMu. wahai Tuhan sekalian alam.

Sungguh sampai saat ini tidak layak rasanya diri ini meminta, tapi kerana yakin Tuhanku sentiasa memberi pada yang meminta, aku pohon jua Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaMu ini Ya Allah dan Kau jugalah perancang apa yang bakal aku tempuh didepan.Maka Ya Allah, aku pohon rencanakanlah yang baik untukku, keluargaku, dan yang disekelilingku..

Ya Allah sesungguhnya kau mengetahui segala yang ada di langit dan bumi. Kurniakan aku kekuatan, ketenangan, kefahaman dijalanMu..

Monday, July 16, 2012

Manusia Parah !

oh, bercerita soal pandangan, pendapat. itu ini beza kau aku dia, senang cerita semua. bertelagah, bergaduh, perang, debat sana sini hulu hilir tujuan pertahan ego masing-masing dengan pendapat yang masing-masing. entah mana satu betul.

keputusan akhir, jangan hanya ikut majoriti setuju jika taktik, modus operandi putar alam yang diguna, suap sana sini, kaburi mata dengan kata nilai segumpal wang, harta, pangkat, kedudukan. 

Ya Tuhan ! mentaliti dunia makin parah, virus menular resap minda manusia yang konon minda berkelas, kelas pertama dua tiga. buat itu ini ikut kepala masing-masing, tak peduli halal haram. yang penting matlamat dalam genggaman penumbuk tangan yang longlai. ini kita gelar "matlamat menghalal cara"

tidak kasar jika aku katakan manusia berakal sekarang semakin keji. guna akal gaya apa? seakan kepala lutut. entah bila akhir semua ini? sekarang makin rabun sudah mahu buta angkara godaan dunia !

toleh kiri kanan, timur barat bukan ambil positif, banyak negatif yang dicedok. janji cita ter-realisasi. Maka tidak hairan jika Yang Esa diatas sana timpa ujian tak tertampi !

duduk, fikir, bertindak.
renung kosong tak guna satu habuk !

Sunday, July 15, 2012

Dua Pagi bulan Syaaban

ahh.. malam gelap hitam pekat kelam suram seram. berjaga aku seorang hamba pada yang Esa, seorang anak pada yang dua, seorang kakak pada yang tiga, seorang adik pada yang satu. itu ruang litup hidup seorang aku setakat ini. InsyaAllah aku mohon aku jadi seorang solehah pada Yang Satu, pada yang dua, pada semua..

tak banyak cerita, tak banyak ragam, malam tak juga sunyi, masih ada unggas menemani, tambah pula di ceruk desa diamnya aku, seorang aku. ya, kampung, masih ada hijau, masih ada unggas, masih ada ayam itik. semua yang patut tidur sudah lama lena dibuai mimpi barangkali, entah indah entah ngeri.

pandang aku sana sini, ah gelap ! yang menyuluh hanya cahaya dari sebuah mesin ciptaan manusia. bunyi kipas, bunyi unggas, bunyi tup tap jari menaip entri untuk hari ini. ya! ditaip kala idea datang tiba-tiba, nak dipaksa tak boleh juga, nanti entah apa repekan, kutukan, amukan aku kemuka.

mata masih gagah, masih cerah bak kata orang tua-tua. ya, sampai sekarang. masih !

mungkin catatan ini tak bermakna, tiada isi, tiada cerita, tiada konflik segala bagai, ini mungkin hanya repekan pagi hari, masa yang aku curi menulis ini bukan aku harapkan nilai kosong, tapi harap diri lebih improve dalam hal yang ini, ya. Menulis. minat aku, kesukaan aku, mungkin juga bakal jadi kerjaya jika aku bersungguh berusaha.

yang pasti jalan aku masih jauh, masih samar, kelam, suram, sama seperti malam.

Saturday, July 14, 2012

Siapa Jatuh ??

ini gambar aku punya bukan uncle google

saat aku terjatuh, jika tangan xmampu kau hulurkan, kirimkan doa untuk aku supaya aku terus kuat untuk bangkit semula menghadapi realiti hidup yang kelihatan beronak, berombak badai segala macam.. jatuh bangun aku kau saksikan, kadang tercapai tangan menghulur bantuan, kadang tidak. jadi aku cuba memahami. ya ! kadang-kadang perlu kita jatuh bangun sakit pedih sendiri, supaya kita muhasabah diri, kerana hari esok itu pasti dihadapi melainkan hari ini dijemput Ilahi. semoga diberkati semua...


Friday, July 13, 2012

N.U.R


kita selalu cari cahaya, tapi kadang-kadang tak jumpa
berlari sana sini cari cahaya. sampai hujung tak jumpa-jumpa.
entah apa silap, cahaya yang dikejar, malap, gelap.

*SALAM JUMAAT penuh Rahmat
semoga disinari cahaya Yang Esa :)

Thursday, July 12, 2012

ini bukan vice versa

sini mari nak cerita, duduk diam-diam. cerita soal sebaliknya, terbalik, berbalik dan bukan apam balik.

ha ! kau kata jahat pada orang itu, dia balas sebaliknya, maksudnya balas baiklah. bila orang buat tahi dengan kau, cuba kau balas sebaliknya, jangan kentut dimuka, cuba bagi muka senyum kambing,muke innocent bahagia seakan tiada apa berlaku baq hang, seriously, dia akan tidak keruan, tidak tahu berbuat apa lagi! sekarang persetan sahaja orang buat tahi. balas sebaliknya, baru dia tahu kuasa seBALIKnya, kau pun kalau buat tahi, aku suruh orang gelak guling-guling tanda bahagia, ada pepatah kata, Love your enemies.  It makes them so damned mad. hoyeah orang buat tahi dengan kau sayanglah dia, mesti dia malas nak buat dah.


moral of the story, tak payah nak bermusuh sesama makhluk, babe ! kita hidup tak lama, entah esok lusa giliran kita...

Wednesday, July 11, 2012

cerita atas bantal !

TUNDUK.BISU.KAKU


apa yang merewang dikepala saat ini buat aku fikir macam-macam. kenapa itu.kenapa ini.macam mana itu.macam mana ini?? segala yang sampai sekarang aku belum juga habis fikir. masih separuh masak. kalau ranum boleh jugak petik makan. alih-alih sampai sekarang buntu. banyak kurang aku, itu ini kurang. sekarang cuba pertingkatkan diri sampai satu saat rasa kosong. macam hilang jiwa, hilang rasa, hilang deria lah senang cerita.


mencari apa yang tak hilang, mana nak jumpa. tak mencari yang hilang, konfem tak jumpa sebab tak usaha. gelap cerah gelap cerah. lip lap lip lap buat pening kepala. itu deskripsi hidup seorang AKU sekarang. gambaran fisikal aku kadang-kadang tak menyeluruh tentang siapa aku. aku rasa insan lain juga begitu. pasti ada yang nak disorok sebalik semak, belukar, ah ! selagi ada ceruk, janji gambaran positif luaran tertonjol yang negatif, tak jugak negatif, mungkin yang tak best itu mesti nak sembunyi kan. kenapa? soalan bodoh kan? 


ha ! sekarang bila orang luar bulatan hidup kita fikir, anggap, describe lain macam bukan salah mereka yang pasti. kalau kita tunjuk gambar beruang, tak kan pula gajah mereka lihat. jadi jika orang ambil kira pasal kau seperti gambaran fisikal yang kau tunjuk, maka terima sahajalah. jangan salahkan mereka, jika kau tunjuk muka, fisikal suka gurau kasar. kau terima saja, kau mula, jangan nak sentap tiba-tiba. malu mana nak sorok muka bang?


tapi yang pasti ada manusia boleh bawak kompromi, bawak berbincang, bawak kaunseling dengar ceramah kau pasal diri sendiri. bersyukurlah kalau ada yang jadi penyumbang telinga setia. sekurang-kurangnya lepas ni tahu la dia macam mana nak react depan kita. kalau jumpa yang macam ni, ambik jadi kawan lah berader. boleh dengar kau, boleh menggedik dan menggila. susah nak cari sekarang u olls. yang ada, sila bersyukur Alhamdulillah.. 


okaylah, berbalik kepada yang terbalik. aku sekarang kurang sesuatu, cuba tambah perisa, cuba cari cinta Dia, terima kasih yang cuba sedarkan aku, bimbing aku. sekian, sesungguhnya karpen (shortform KARangan PENdek) ini hanya soal aku dan sekarang aku tak TUNDUK.BISU.KAKU lagi dah.

Sunday, July 8, 2012

Mimpi Sampai Bintang

kadang-kadang hidup perlukan angan-angan.
supaya gagah melangkah ke depan.
kerana angan-angan juga boleh jadi impian tinggi.cita-cita mulia.
jika setiap langkah kita sentiasa cuba mengejar angan itu.


*ingat mula segala dengan Bismillah 

Thursday, July 5, 2012

Jalan Cinta

jalan cinta kita, 
belum tentu panjang,
belum tentu juga pendek,
tapi aku yakin ! pasti berliku...

mungkin liku itu mampu kita lalui
mungkin juga tidak.
mungkin hanya kau sampai hujung
mungkin juga aku.
mungkin juga kita...
yang aku harapkan kita.ya kita sampai hujung sana...

dan jika kita sampai hujung..
semoga kita dalam redhaNya.
jika tidak....
maka ada perancangan lebih mulia dariNya...
pasti ada yang lebih baik untuk kau.untuk aku..

CInta itu lebih mulia dengan redhaNya..
Serahkan semua pada pemilik cinta Yang Maha Esa..
Semoga akhirnya syurgaNya milik kita bersama :)