Tuesday, September 13, 2011

PERIHAL pelajar

7september 2011..
hari pertama aku menjejakkan kaki ke universiti utara Malaysia. dalam langkah yang penuh dengan pelbagai rasa. namun dikuasai perasaan yang kurang bahagia. langkah aku teruskan juga demi membawa satu harapan dan cita ayah dan ibu. satu hasrat untuk membawa pulang kejayaan untuk mereka. pelbagai persepsi timbul,pelbagai perkara timbul dan pelbaga sesuatu yang bermain dikepala. sedih dan sayu melihat pemergian mereka setelah baranh semua diangkat ke bilik. perasaan sebak namun air mata tidak mengalir ditahan supaya aku bukan lagi seorang budak. aku sudah pun bergelar pelajar universiti dan bukan lah kali pertama aku tinggal berjauhan dengan mereka.

aku mencuba meramahkan diri menegur jiran2 bilikku. kerana saat itu aku sendirian begitu uga mereka. Alhamdulillah mereka insan yang baik dan ramah. memulakan petang itu dengan sesi orientasi pertama. sehingga la hari sabtu. kemuncak malam akhir orientasi. xperlu rasanye menghuraikan minggu orientasi ini kerana pada perkiraan aku semuanya tidak banyak beza dengan pengalaman yang pernah aku alami dulu. mungkin disini ada lebih dan kurangnya. tapi aku lalui munggu itu dengan baik.

10september 2011
bermula lagi episod baru sebagai seorang pelajar di uum.bermula hari menjejakkan kaki ke dewan kuliah. pergi menaiki bas pada puku 7 pagi memandangkan kelas bermula 8 pagi dan itu hari pertama aku dan perlu awal untuk mencari dewan kuliah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. kelas pada hari itu cuma 2 jadi aku ambil kesempatan utuk melawat sekitar bagi kemudahan masa depan memandangkan uum bukan lah kecil dan mungkin akan menyebabkan kekeliruan bagi aku yang baru pertama kali disitu. sedikit sebanyak elalui perjalanan itu aku sudah mengetahui blok2 dewan kuliah dan fakulti2.

kelas ke2 aku berakhir ada pukul 5 petang. aku terus pergi untuk menunggu bas dan pulang ke dewan penginapan pelajar (DPP). agak membosankan setelah pulang kebilik kerana masing2 membuat hal sendiri. meskipun aku mendapat rakan sebilik seorang senior yang baik dan ramah. duduk bersua memang agak membosankan lebih2 lagi jika kita bukan lah dari umur yang sama dan memandangkan dia senior dan suda mempunyai ramai kawan jadi aku agak tidak senang untuk mengganggu beliau. namun beliau seorang kakak senior yang cepat mesra dan melayan aku dengan baik.

hari2 seterusnya si UUM..
tidak banyak beza. tapi apa yang pasti aku lebih suka berada di kelas kerana saat pulang kebilik aku mula bosan dan tidak tahu apa yang nak dibuat memandangkan rakan2 disekitar bilik yang lebih suka duduk dibilik. aku bukan seorang yang boleh duduk diam jadi agak menyedihkan untuk aku kerana aku akan ada masa untuk memikirkan pelbagai perkara yang menyebabkan aku kadang2 sedih dan sebak.

1 comment:

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

uhh selamat menempuh alam uninversiti.. memcabar minda dan emosi ni..

lama2 okey.. awal2 agak kaku.. biasa la senior ade bnyak perkara kene stle kan bila masuk sem baru..

y penting.. sll bertegur sapa masa di u..okey..