Saturday, December 15, 2012

Kafe Kaca

aku duduk sendiri, memerhati, diperhati.
gelagat susuk manusia,
sana sini.
aku duduk diam, 
dalam kafe kaca berhawa dingin, seorang.
berteman majalah hiburan & ice blended. perisa kegemaran. Koko
hujan renyai.
menunggu. 
memerhati diluar, ada 4 manusia.
dua Adam, dua Hawa.
Ayah, Ibu, anak lelaki, anak perempuan.
keluarga manis.

sebelah sana ada susuk compang camping,
terhincut bawa diri
tiada yang peduli
hal masing-masing lebih utama.

kembali kepada keluarga manis tadi.
babak perpisahan.
oh, aku di terminal bas, untuk makluman.
ibu & anak-anak berpisah dengan suami, ayah.
entah kemana hala, tidak pula aku ketahui. 
ibu, pandang terus, tak terlepas pandang walau sesaat,
lihat ayah pergi, hilang dibalik bas-bas, hijau, kuning, biru.
ada riak sembunyi dibalik senyum. sedih. aku pasti.
anak-anak masih girang ketawa sana sini, 
sudah biasa mungkin, atau
mahu menceria ibu yang hiba.

kembali pada aku.
ya. aku masih menunggu,
di kafe kaca.
di terminal bas.
sabar dalam hujan.


No comments: