Wednesday, April 24, 2013

JAWAPAN..

aku letak tanda soal di setiap kenyataan berkisar kau.
aku kagum. ya, kagum dengan kebolehan kau.

setiap naskhah yang kau karang.
buat aku fikir panjang.
kau bijak menerokai seluruh pelusuk. seluruh sosok.
itu buat cerita kau hampir sempurna.
itu juga buat aku laju meratah setiap helaian.
setiap nokhtah, setiap koma, seru dan tanda tanya.
kagum.

persoalan merewang dibenak ini.
aku mohon kau selesai.
guna apa saja rumus, ikut suka.
janji ada. jawapan.

ceruk mana kau korek idea?
celah mana kau belajar tatabahasa?
cuba cerita. cuba.

ada lagi. belum habis.
alunan karya kau itu ambil dari mana?
mengapa lunak benar melodinya?
buat aku terbuai sama.
ahh, ternoda.  

bertimbun ingin aku persoal.
barangkali bukan tika ini.
lain kali. kalau belum mati.
semoga berjumpa lagi.
diruangan ini. 
nanti.

2 comments:

chicken_floss said...

samar maksud puisi ini..tapi bait katanya sangat cantik tersusun..

NuruljannahAyub said...

@chicken_floss : ini tentang perasaan kagum & jelous saya dgn penulis2 yg sgt hebat menulis. :)