Wednesday, June 19, 2013

Aku

Bila aku fikir tentang masa depan,
Aku hanya jumpa jalan buntu,
Aku hanya jumpa bilik tanpa lampu, perabot, manusia.
KOSONG.

Pelajar Kewangan.
Entah kenapa, entah macam mana,
aku nak harung semua,
sudah separuh jalan, nak berhenti,
jiwa aku kata terus, kawan aku kata terus.

Memang aku teruskan,
tapi, tanpa minat, tanpa jiwa, tanpa suka.
teruskan semata demi keluarga.

Aku cuba tanam suka,
aku cuba semai minat.
Mampu tumbuh sikit-sikit kata mereka.
Tapi terlalu sikit untuk aku teruskan langkah,
tapi aku langkah juga, perlahan-lahan.

Salah aku,
melulu.
Ah, silap aku, silap aku.

Bila fikir semula,
aku yakin ada hikmah, ada cerita di sebalik takdir aku disini,
ada sesuatu yang Allah ingin beri,
ada sesuatu yang tak mungkin aku perolehi jika aku tidak berada disini.
Pasti ada sesuatu.

Sungguh, aku suka sini,
tapi aku tak suka jadi pelajar jurusan ini.

Aku suka,
kerana manusia-manusia di sini,
aku suka,
kerana banyak benda aku belajar disini(selain subjek kewangan),
aku suka,
kerana sini sintok, berbeza dari semua.

Banyak manusia kata,
"kau salah, kau silap,
kau sepatutnya bukan disini,
kau sepatutnya ambil ini, ambil itu.
Jiwa kau bukan ini, nampak dari riak kau, tingkah kau,
itu punca kau tak bersungguh, itu punca kau lemah ".

Memang.
Betul ! Minat aku bukan ini.
Minat aku pada kamera, pada gambar, pada komputer, pada penulisan, pada seni.

Ahh, persetankan minat sementara waktu.
Aku akan teruskan.

Untuk mak & ayah, 
Sungguh, angah minta maaf awal-awal jika tidak cemerlang.
Terima kasih untuk susah dan payah. Maaf untuk tidak berjaya.
Maaf. 



3 comments:

Steve Finnell said...

you are invited to follow my blog

chicken_floss said...

kadang setiap apa yang diimpikan bukan mudah untuk jadi kenyataan..kita terlalu hendak itu dan ini, walhal tanpa kita sedar di depan mata itu yang terbaik buat kita, ikhlaskan hati betulkan niat, sekurangnya untuk menimba ilmu Allah yang terlalu luas..mungkin tika saat ini jalan masih kabur, tapi sentiasa ingatkan diri Allah sentiasa beri yang terbaik untuk kita, sebab itu ada manis di penghujung jalan. In Shaa Allah. All the best. :)

NuruljannahAyub said...

@chicken_floss insyaAllah, thanks for the advice. i'm trying my best to get back on track, to always be thankful for what i have and going through everything that have been planned for me....