Friday, May 30, 2014

Jasad Rentung

Sedalamnya tiap tanah yang aku gali sendiri,
untuk jasad rentung aku.
sedalam itu rasa aku mahu kurung diri.

biarlah lemas itu dengan diri aku sendiri,
biarlah sesak dada itu sebab aku sendiri.
asal aku sendiri.

tiada yang berharga untuk aku kasi,
tiada yang berguna untuk aku beri.
tiada apa-apa yang boleh bikin aku diingati.

satu jasad kosong ini,
sedang
termengah-mengah bawa hati dan diri,
terbongkok-bongkok bertongkat sakti.

No comments: