Friday, June 14, 2013

Dalam Gelap


Gelap. Aku pilih untuk diam. Aku pilih untuk cari punca bunyi yang boleh buat aku terus berjalan kedepan, kebelakang, atau mana-mana, asal tidak statik. Bila dalam gelap pekat, ada suara halus bisik dekat telinga, kata mahu bawa kau pada cahaya, kau kena pilih, untuk terus sesak dada dalam gelap, atau sambut tangan dia, percaya bahawa dia akan bawa pada cahaya.

Istimewa, gelap itu istimewa.
Gelap itu luarbiasa, kerana buat kita buat sesuatu yang bukan norma kita, yang bukan rutin hari-hari kita.
Dalam gelap, kadang datang yakin, datang semangat, datang spiritual untuk kuat.
Entah dari celah mana datang semua semangat, nak dicari punca, tak nampak, gelap.

Kebenaran.
Mana nak cari yang benar dalam gelap, mana nak cari yang betul dalam gelap, mana nak cari yang baik dalam gelap ? Kerana kita, sering dengar, gelap itu jahat, gelap itu salah. Ahh, negatif semua. Tapi, mohon buka minda, dalam setiap keadaan, tak kira gelap, kelam, cerah, terang, suram, seram, pasti ada benar, pasti ada baik. 

**Tidur dalam gelap itu bagus, tapi jangan lepas subuh, sekian, Assalamualaikum, Selamat Pagi. Salam Jumaat.

Wednesday, April 24, 2013

JAWAPAN..

aku letak tanda soal di setiap kenyataan berkisar kau.
aku kagum. ya, kagum dengan kebolehan kau.

setiap naskhah yang kau karang.
buat aku fikir panjang.
kau bijak menerokai seluruh pelusuk. seluruh sosok.
itu buat cerita kau hampir sempurna.
itu juga buat aku laju meratah setiap helaian.
setiap nokhtah, setiap koma, seru dan tanda tanya.
kagum.

persoalan merewang dibenak ini.
aku mohon kau selesai.
guna apa saja rumus, ikut suka.
janji ada. jawapan.

ceruk mana kau korek idea?
celah mana kau belajar tatabahasa?
cuba cerita. cuba.

ada lagi. belum habis.
alunan karya kau itu ambil dari mana?
mengapa lunak benar melodinya?
buat aku terbuai sama.
ahh, ternoda.  

bertimbun ingin aku persoal.
barangkali bukan tika ini.
lain kali. kalau belum mati.
semoga berjumpa lagi.
diruangan ini. 
nanti.

Monday, April 22, 2013

April, Dua Puluh Dua

Assalamualaikum,

Berkira-kira aku sebelum masuk keruangan ini.
Kerana tiada idea, tiada rasa teruja.
Sudah agak lama tidak menulis.

Sebab utama : Idea mati, sudah siap dikubur.

Namun, sebab utama itu buat halaman kosong ini terisi. Tidak lagi putih suci.

Dalam tiada idea, masih juga mampu menulis sampai baris ini. Namun, sia-sia. Mahu digali kembali kuburan, takut, sudah hampir jam 2 pagi. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin bila-bila, itu pun kalau masih ada nyawa.

Sebab seterusnya : Kekurangan masa. Masa itu emas, jadi mereka curi. 

Ragam biasa manusia normal. Sering beri alasan masa, walau semua manusia diberi masa sama. Masih juga ada manusia tidak malu guna alasan basi lagi keji. Aku, suka guna. Menyedihkan. Memalukan. Ahh, persetan. (Nampak disitu, keras kepala aku, tidak ambil kira pandangan orang. TERUK. PARAH. )

Sekian. Assalamualaikum. Selamat Pagi. Selamat Mengundi. 

Thursday, April 4, 2013

Pada Hati & Pemilik Hati.

Engkau curi hati. sembunyi-sembunyi.
Engkau bikin aku mati. langkah aku, nafas aku.

Pulangkan.
Yang bukan hak engkau. Yang bukan punya engkau.
Kembalikan.
Hati merah aku. Satu-satunya punya aku.

Kenapa hati yang kau curi.
Sedang banyak anggota lain. 
Apa ada pada hati?

Hati itu. Kalau kau nak curi.
Mohon ikut situasi.
Kalau hati sudah dirantai seekor makhluk. 
tapi bukan engkau.
Jangan ikut suka hati curi.

Silap-silap kau yang mati.
Punah harapan. Pada hati & pemilik hati.

Aku. Pada beberapa ketika.

sudah banyak ketika, 
aku humban diri aku dalam bahaya.
sudah banyak ketika, 
aku campak diri aku dalam bencana.
sudah banyak ketika, 
aku tenggelam dalam duka.

dalam setiap ketika itu.
aku terus parah.
aku terus tersungkur.
aku terus lemas.

aku cipta sendiri lembah.
aku cipta sendiri onak.
aku cipta sendiri. semua.

ketika ini.
aku masih mampu bangun.
aku masih mampu berdiri.

di ketika yang lain.
aku juga harap aku masih mampu.
mampu untuk bangun, berdiri dan berlari.


Thursday, March 21, 2013

Tangis Seorang Aku.

Sesi terakhir dimana lagu teman sejati dipasang.
Sebak.Air mata tak tertahan. 
Tapi aku sorokkan muka.
Supaya tiada yang perasan.
Ya, aku ego, aku suka sembunyi perasaan.

Aku letak aku dalam lagu itu.
Tapi aku tersalah letak.
Aku belum punya teman sejati seperti.
Belum ada yang sudi dekati aku serupa itu.

Cemburu.
Ya, pada mereka yang punya teman seperti itu.

Belum layak.
Mungkin itu sebab aku masih mencari.
Yang boleh aku katakan.
Kawan ramai, tapi belum ada yang paham.
Belum ada yang tahan, belum ada yang betul-betul sayang.

Buntu.
Kadang-kadang aku selalu sayang orang berlebihan.
Aku selalu sayang salah orang.
Sampai satu masa dia pergi.
Baru aku bangun, baru aku sedar.
Apa aku buat? Apa aku tak buat?
Tanya diri sendiri sampai gila.

Aku.
Kawan yang takkan cari kawan untuk kongsi masalah.
Kawan yang susah nak cari kawan waktu sakit, waktu payah.
Bukan nak kata aku baik.
Cuma berat untuk aku susahkan orang yang aku sayang.

Tapi menyedihkan bila aku sedar satu hakikat.
Kalau kau sakit, kalau kau susah,
orang yang sayang kau, kawan kau.
Akan sedar, akan tahu tanpa kau cerita.
Tapi aku? 
susah aku, sakit aku. 
tiada yang sedar, tiada yang ingin ambil tahu.
Aku bukan mahu tuding jari kata kalian kejam,
bukan mahu menuduh kalian kurang beri perhatian.
kerana itu salah aku tidak beritahu.
itu salah aku tidak cerita, tidak kongsi duka.
tapi.
Aku selalu harap ada yang faham tanpa aku cerita.
Ada yang disisi tanpa aku minta.
Ada yang bersama saat aku duka.

kerana pada perkiraan aku.
Aku ada pada masa duka kau.
Aku ada pada masa susah payah kau.
Aku ada walau kau tak cerita.
Kerana itu aku.
Aku anggap kau sebahagian dari hidup aku.
Kerana kau kawan aku.
Aku sayang. Aku takut hilang.
Tapi kalau ada aku terlepas pandang.
Maafkan aku.

Tuesday, February 19, 2013

Satu dari Kita.

Mari sini. Duduk diam-diam.
Mari aku cerita pasal kita. Mari aku cerita pasal kita.

Ya. Kita dulu berlari bersama.
Tapi jarang jatuh bersama. Kerana bila aku jatuh.
Kau ada hulur tangan, bagi kekuatan.
Dan bila kau jatuh. Aku pula hulur tangan.
Maniskan kita.

Tapi ada satu masa.
Kita jatuh sama-sama.
Kita jatuh waktu sama. Masa sama. Tempat sama.
Jadi, siapa nak tolong kita bangun?
Siapa nak hulur tangan?
Aku hulur pada kau, kau hulur pada aku?
Mampukah kita bangun?
...Aku biar kau fikirkan itu....

Kita tinggalkan babak jatuh bersama.
Kita teruskan cerita tentang kita.
Yang mana, kadang-kadang gila.
Kadang-kadang normal.
Kita gila kerana penuh impian tak masuk akal.
Kita normal bila kita tiada bersama.
Unikkan kita.

Semua sudah habis.
Cerita kita bukan lagi sesuatu indah untuk direncana, diwarta, diberita dan dicerita.
Sebab kita tidak bersama.
Bukan kerana kita tidak sekepala.
Tapi kerana satu dari kita.
Pergi. Jauh.
Ya. Ilahi jemput satu dari kita.
Kenapa Dia tak jemput dua-dua?
Sebab.
Nanti siapa nak cerita soal kita pada mereka?
Kalau bukan satu dari kita?
Maha kuasa Tuhan kita.