Friday, August 12, 2011

PANDANGAN kasar

pandangan dan pendapat seseorang harus kita ambil kira. jangan terlalu mempertahankan pendapat sendiri sahaja. ape sahaja yang ingin kita lakukan perlu kita kaji baik dan buruknya. kita jangan terlalu pesimis terhadap orang lain. Setiap perkara itu kita ambil dari sudut yang positif, jangan melihat di sebelah sudut sahaja. Dan situasi harus juga dilihat berdasarkan keadaan ketika ini. Sebab dan akibat perlu dikaji dan konsep yang betul harus dipraktikkan.

aku bercakap mengenai konsep 'I FOLLOW U, U FOLLOW ME'

semalam berlaku pelbagai kepincangan tentang konsep ini. Ada pihak terus terusan mengatakan tentang keburukan dan ada pihak mempertahankannya. 

Aku tidak mahu berpihak kepada sesiapa. Tapi segala yang info yang aku perolehi dari mereka iaitu KUCING SERIUS & RUDY NIZAM ada baik dan buruknya. Kajian belum lagi aku sempat jalankan. 

Berdasarkan pemerhatian, pihak pertama terlalu negatif terhadap konsep ini. Beliau benar dalam beberapa hal tentang konsep ini. Namun penolakan terus terhadap konsep ini rasanya tidak sepatutnya. Beliau ada mengemukakan beberapa cara yang lebih baik untuk mendapat pengikut, pengomen dan penaik trafik blog. Beliau juga merasakan bahawa konsep ini telah menyebabkan sesetengah blogger sekarang kurang kualiti hanya lebih kuantiti. Mungkin ada betul apa yang dibentangkan beliau, tetapi, ada bloggers yang aku kira berkualiti juga turut menggunakan konsep ini di awal kemunculan mereka. Dan tak semestinya melalui konsep ini kita tidak boleh survive dalam jangka panjang. Mungkin beliau membuat kajian yang pelbagai, namun sesuatu konsep harus diteliti juga kebaikannya bukan hanya keburukan. Aku sebagai antara pengguna konsep ini bukan tidak mahu ambil peduli apa yang dibentangkan beliau, ada antara apa yang dikatakan benar dan perlu untuk kita ambil kira dan perbaiki pada masa akan datang. Mungkin beliau tidak pernah menggunakan konsep ini kerana pada perkiraan aku beliau adalah seorang blogger yang hebat dan pandai menulis.

Pihak kedua pula yang mempertahankan konsep ini kerana mungkin beliau berjaya dalam dunia ini kerana bermula dengan konsep seperti ini. penerangan beliau tentang kebaikan dan kegunaan konsep ini juga perlu diambil kira. Kerana beliau juga mungkin melakukan kajian tentang perkara ini dan menggunakan konsep ini. Beliau juga merupakan seorang blogger yang berjaya sekarang aku rasa. Perkara yang kita harus ambil kira disini ialah blogger2 terutamanya yang baru harus bijak mempromosikan blog masing2 dan salah satu konsep yang bole digunakan adalah konsep ini yang amat popular sekarang. Kita juga perlu ambil kira pandangan beliau yang mengatakan bahawa zaman blogger dahulu dan sekarang adalah berbeza. Aku nak cakap pasal situasi zaman ini tidak layak rasanya kerana aku belum pun membuat kajian tentang ini dan aku adalah blogger zaman ini. 

Mungkin salah kita juga yang terlalu melulu mengikut konsep blogging ni. Tapi jika betul cara penggunaannya rasanya tidak salah untuk kita mneggunakannya kerana setakat ini aku rasa konsep ini sedikit sebanyak membantu aku sebagai blogger baru. 

*notakaki : bukan mahu mencari yang salah. tapi penelitian harus dibuat. yang baik kita ambil :)

No comments: