Tuesday, August 9, 2011

NOMBOR ! bukan nombor ekor !

formula : campurkan je tarikh lahir, contoh : 1/1/1993 ; 1+1+1+9+9+3 =24 ,then tambahkan pula jawapan tadi..2+4=6...so..nombor anda adalah no.6

NOMBOR satu
lambang keunggulan, kejaguhan ! kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian, dan kekuasaan..Anda2 yang bernaung dibawah no ini dikatakan seorang yang berani dan berwawasan tinggi. Anda juga turut mempunyai pendirian yang kukuh dah kuat fizikal & mental.

NOMBOR dua:
Anda besifat kekeluargaan, ada semangat kekeluargaan yang tinggi dan ikatan perhubungan yang rapat dan erat. Keluarga adalah keutamaan kamu. Tapi anda dikatakan boros dan kuat berbelanja. Ingat ! jangan membazir.

NOMBOR tiga:
Anda dikatakan sebagai seorang yang bijak, pintar dan boleh menjadi pencipta yang baik tetapi sering bermula dengan kemusnahan. Akan melalui beberapa kegagalan sebelum berjaya. Mudah mendapat kemewahan , kesenangan tetapi mudah melepaskan. anda bijak menyelesaikan masalah.

NOMBOR empat:
Membawa simbol kesempurnaan. kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. ANda stabil dalam banyak hal dan sukar digugat/ dipengaruhi. Anda tegas dan mampu berimaginasi dengan baik. Kebanyakan mereka yang bernaung dibawah no ini ialah, arkitek, jurutera dan pereka2.

NOMBOR lima:
Anda seorang yang kreatif, berintelek, mampu mempengaruhi, pemikir. Anda juga bijak dengan tahap intelektual yang tinggi. Anda mampu mempengaruhi orang lain. Hebat berkata2. Perayu yang cekal dan pandai memujuk.


NOMBOR enam :
Anda suka meramal dan ramalan anda selalu tepat. Sering mengikut kata hati. Mulut masin ! Suka berangan dan seorang yang keras kepala. Anda seorang yang baik dan perlu berjaga dalam pergaulan supaya tidak ditindas.

NOMBOR tujuh :
Melambangkan perlindungan. Anda bersifat melindungi dan pemerintah yang baik. Mengambil berat hal2 remeh dengan terperinci. Pembersih, sukakan kedamaian dan penegak keadilan.


NOMBOR lapan :
Simbol kekayaan dan kearah menjadi kaya dengan masa depan yang cerah.  Seorang yang sangat murah hati dan suka membantu orang. Seorang yang kuat bekerja tapi kamu kuat mendesak dan memaksa dan bersikap kurang sabar.

NOMBOR sembilan :
Lambang kebenaran, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Anda mudah terlanjur dalam  perbuatan dan percakapan/ suka cakap lepas. Seorang yang cukup sempurna dalam ilmu keduniaan dan merupakan sumber maklumat kawan2.

notakaki : ini adalah ramalan sahaja. anda tetap anda. yang baik jadikan motivasi meningkatkan diri dan yang negatif diperbaiki !

sumber : REMAJA / ogos2011

12 comments:

nurani said...

sye dpt dua..
btl la 2 boros..hahhahahha

NuruljannahAyub said...

@nurani - haha..same2 :)

stellaizz said...

no 4 ahakzzzz tenkiu..tetiba ada semangat blk :)

NuruljannahAyub said...

@stella ~ wah ! teruskan maju :)

juong said...

ko kena buat application untuk kira nombor ni...penat nak kira...hahahha

Syazween Farisya Hasan said...

jannah . aku dapt no 9 ! haha . 22/2/1992 .
aku cakap lepas ke ? aku rase berlapik jerk . aku kan suke pendam . tipu ramlan kau niyh . haha

NuruljannahAyub said...

@zulasyraf : ala.bukan susah mane pon..congak je..

@aween : haha..ko mmg kwn aku yg plg pndiam.mklmlah.ko bkn debater..haha... ni bukan ramalan aku la..haha...yg ppositive2 tu ko amek la..yg xbes tu bt bodo je..haha

SHaRKFiQ SSM said...

14/11/1988
hahahaha



btw, thanks follow, do follow u back~ sori, lmbt sket, bz~ hehe

NuruljannahAyub said...

@sharkfiiq : wah.no5 ye..... tq sudi follow wlwpn bz.. :)

Siz Ridzna said...

salam...
wah siz num 6 hahahaha...
nice entry

NuruljannahAyub said...

wah...tq siz :)

aienda said...

mme = 8 ... hehehehh... =P