Monday, August 1, 2011

::tempat kita diakhirat::part 1

syurga atau neraka ditempatkan kita??

harini na letak entry pasal SYURGA dulu :)

  1. SYURGA AL JALIL - syurga dari intan dan berlian.disediakan Allah untuk para Rasul,Nabi,Siddiqin,Aulia dan lain2 lagi..
  2. SYURGA AS SALAM - syurga yang diperbuat daripada permata Yaqut. Disediakan Allah untuk orang2 yang melaksanakan rukun Iman yg 6, dan rukun Islam yg 5. "Dan Allah menyeru (manusia) kesyurga as salam" 
  3. SYURGA MA'WA - syurga yang dijadikan dari zamrud hijau. Disediakan Allah untuk mereka yang beribadat dengan ikhlas seperti mengeluarkan zakatnya. Allah berfirman di dalam ayt yang bermaksud "Maka sesungguhnya syurga Ma'wa ialah tempatnya"
  4. SYURGA AL KHULD - syurga yang dibuat dari permata marjan yang merah. Disediakan Allah sebagai ganjaran bagi mereka2 yang sentiasa menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  5. SYURGA AN NA'IM - syurga yang dibuat dari perak putih. Disediakan Allah kepada hambaNya yang berjaya menundukkan hawa nafsunya dan syahwatnya serta godaan syaitan.
  6. SYURGA FIRDAUS - Disediakan Allah bagi hambaNya yang mengerjakan Haji dan Umrah. Allah berfirman yang bermaksud "Adakah bagi mereka, syurga Firdaus menjadi tempat tinggalnya" 
  7. SYURGA ADNIN - syurga yang dibuat dari permata intan berlian yang putih. Disediakan Allah bagi mereka2 yang mati syahid dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t.
  8. SYURGA AL QARAR - syurga yang dibuat dari emas yang merah.letaknya ditengah2 syurga yang lain yang membolehkan sesiapa yang masuk kedalamnya melihat syurga2 yang lain.. Dijadikan Allah untuk mereka yang beramal soleh, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, mengeratkan hubungan silaturrahim, bertaqwa, dan memejamkan matanya dari melihat maksiat. Dan Allah berfirman yang membawa maksud " Dan sesungguhnya akhirat itu yang kekal (al qarar)"


layakkah kita hidup disyurgaNya??
sebesar apa bekalan yang membolehkan kita duduk didalam syurga milikNya..
SubhanAllah..


sumber : mastika,ogos 1981

12 comments:

Muttallif said...

Terasa benar kecil bila kita memikirkan siapa kita di sisi Allah swt. Jadi dalam Bulan Baik ini, bersama kita mengambil apa sahaja pahala yang boleh,

jadi kita mendapat kerahmatan daripada Nya dan Pasti Syurga menunggu kita :)

Peace :)

NuruljannahAyub said...

insyaAllah.mudah2han..amin :)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

syurga oh syurga

layak kah kita ke syurgaNya

mari lah kita mengumpul seberapa banyak pahala dibulan puasa ini semoga kita mendapat kerahmatan daripadaNya

:)

Rean said...

subhanaAllah.. :)

NuruljannahAyub said...

indahkan syurga Allah :)

Unknown said...

layak @ tidak..y pntg kita berusaha bersama2 untuk mengejar syuega Allah

NuruljannahAyub said...

@cucu umie : insyaAllah.bersame2 kita mengejarnye..:)

Ukhtifarhana said...

ya Allah..aku mahu mengejar syurgaMu..

NuruljannahAyub said...

moga Syurga milikNya kita berada didalamnya :)

Cik Kuntum said...

insyallah amin ya rabbal alamin

nurshaf said...

semua syurga pon indah dan tak serupa langsung dengan dunia fana ni =]

NuruljannahAyub said...

@fiq..yakinlah janji Allah pada kita..keindahannya xkan mungkin tercapai akal kita.