Tuesday, September 4, 2012

Kita Manusia Mana ?

Manusia itu,
Langkah dia terhenti,
Terpana dek keindahan dunia,
Tenggelam dia dalam asyik terbuai serba serbi, warna warni dunia.

Manusia satu lagi,
Indah mana dunia,
Dia teruskan perjalanan,
Dia kumpul bekalan,
Menuju destinasi satu lagi,
Destinasi yang lebih indah,
Yang tidak sementara sifatnya.

Namun,
Dalam kejaran ke destinasi kekal itu,
Dunia tidak diabai manusia lagi satu,
kerana teguhnya pegangannya,
"Jangan tinggalkan dunia untuk akhirat
Jangan tinggalkan akhirat untuk dunia"

simetrikan, seimbangkan dunia & akhirat,
Semoga manusia-manusia tak kira itu atau satu lagi,
akhirnya sampai ke alam lagi satu yang pasti, kekal abadi.

Bila-bila kita boleh disesatkan oleh kelemahan dan kedaifan diri,
Maka persiap diri,
Hadapi yang di depan,
Toleh kebelakang sekali sekala ambil pengajaran,
Jangan terus longlai dek masa lalu,
Masa depan perbaiki,
Moga cukup bekalan untuk bawa disana nanti.

No comments: