Friday, September 21, 2012

diGEMUKkan CINTA

Mendefinisikan Gemuk sebagai suatu keadaan dimana bila kau bersama manusia saiz aku, saiz kurus makanya saat itu kau gemuk, namun tidak bila berkeliling manusia sesaiz kau, kau akan jadi normal.

Mentafsir cinta dari sudut sempit, sudut entah apa-apa, cinta manusia.
Cinta yang kalau pandang sini sana, ruang dan ceruk mana, tetap sesempit sardin dalam tin, tak terbanding dengan cinta satu lagi, Cinta Agung Milik Dia.

Maka dimajmukkan gemuk dan cinta itu, dan ditambah imbuhan 'di' dan 'kan' aku tafsirkan bila ada susuk manusia, didodoi cinta, disuap makan minum cinta, dia jadi obes, lemak cinta sana-sini, senang cerita Body Mass Index dia itu pada level Overweight pada skala melebihi angka 30.

Punca utama manusia digemukkan cinta, ya Anda terutamanya, kerana kandungan cinta anda mengandungi berjuta kalori, mana tidaknya, ditibai segala macam, syok memang syok macam makan KaweFriedChipmunk, burger MakinChubbyDol.

Punca dua, awal mula cinta mula bercucuk tanam dipinggir bibir, masa poket masih basah, fulus hasil tajaan atau pinjaman masih berkepok, makanya kau belanja cinta kau pelbagai, gemukkan cinta kau. Tapi sayang, kau lupa satu, pil DuniaKurus dan JamuRajaAyahTeruna makanya yang dicintai terobesiti cinta.

Kesan jangka pendek, sederhana, panjang lebih kurang sama imbalannya, jadi tidak kiralah, jika sudah digemukkan cinta, bila masa akhir cinta, kecundang tengah, tepi, atau separuh jalan sekalipun pasti masalah besar mahu kurus diri. Sana sini, korek, sedut lemak cinta yang sudah sebati. Mati ! Jangan sampai digemukkan cinta, masuk kolam tenggelam. 

No comments: