Monday, July 16, 2012

Manusia Parah !

oh, bercerita soal pandangan, pendapat. itu ini beza kau aku dia, senang cerita semua. bertelagah, bergaduh, perang, debat sana sini hulu hilir tujuan pertahan ego masing-masing dengan pendapat yang masing-masing. entah mana satu betul.

keputusan akhir, jangan hanya ikut majoriti setuju jika taktik, modus operandi putar alam yang diguna, suap sana sini, kaburi mata dengan kata nilai segumpal wang, harta, pangkat, kedudukan. 

Ya Tuhan ! mentaliti dunia makin parah, virus menular resap minda manusia yang konon minda berkelas, kelas pertama dua tiga. buat itu ini ikut kepala masing-masing, tak peduli halal haram. yang penting matlamat dalam genggaman penumbuk tangan yang longlai. ini kita gelar "matlamat menghalal cara"

tidak kasar jika aku katakan manusia berakal sekarang semakin keji. guna akal gaya apa? seakan kepala lutut. entah bila akhir semua ini? sekarang makin rabun sudah mahu buta angkara godaan dunia !

toleh kiri kanan, timur barat bukan ambil positif, banyak negatif yang dicedok. janji cita ter-realisasi. Maka tidak hairan jika Yang Esa diatas sana timpa ujian tak tertampi !

duduk, fikir, bertindak.
renung kosong tak guna satu habuk !

4 comments:

mizz RFL said...

yup betul tu.. susah bila masing-masing masih nak menegak pendapat sndri dn xnk trima kslhn

jannah.ayub said...

kan ;) manusia sekarang pentingkan diri sendiri. semata-mata untuk memperoleh manfaat yg lebih utk diri :/

Siti Arfah said...

Moga tabah mnghdapi plbgai karenah manusia.. :)

jannah.ayub said...

insyaAllah. dan moga kita sentiasa memperbaiki diri sendiri dan terhindar dari sifat keji ;)