Sunday, July 15, 2012

Dua Pagi bulan Syaaban

ahh.. malam gelap hitam pekat kelam suram seram. berjaga aku seorang hamba pada yang Esa, seorang anak pada yang dua, seorang kakak pada yang tiga, seorang adik pada yang satu. itu ruang litup hidup seorang aku setakat ini. InsyaAllah aku mohon aku jadi seorang solehah pada Yang Satu, pada yang dua, pada semua..

tak banyak cerita, tak banyak ragam, malam tak juga sunyi, masih ada unggas menemani, tambah pula di ceruk desa diamnya aku, seorang aku. ya, kampung, masih ada hijau, masih ada unggas, masih ada ayam itik. semua yang patut tidur sudah lama lena dibuai mimpi barangkali, entah indah entah ngeri.

pandang aku sana sini, ah gelap ! yang menyuluh hanya cahaya dari sebuah mesin ciptaan manusia. bunyi kipas, bunyi unggas, bunyi tup tap jari menaip entri untuk hari ini. ya! ditaip kala idea datang tiba-tiba, nak dipaksa tak boleh juga, nanti entah apa repekan, kutukan, amukan aku kemuka.

mata masih gagah, masih cerah bak kata orang tua-tua. ya, sampai sekarang. masih !

mungkin catatan ini tak bermakna, tiada isi, tiada cerita, tiada konflik segala bagai, ini mungkin hanya repekan pagi hari, masa yang aku curi menulis ini bukan aku harapkan nilai kosong, tapi harap diri lebih improve dalam hal yang ini, ya. Menulis. minat aku, kesukaan aku, mungkin juga bakal jadi kerjaya jika aku bersungguh berusaha.

yang pasti jalan aku masih jauh, masih samar, kelam, suram, sama seperti malam.

4 comments:

zaiti shaari said...

best ni walaupun repekan semata

jannah.ayub said...

haha.aku akan jadikan merepek kepakaran aku lah lepas ni wey ! :D

wana wazm said...

nice entry. sy follow blog awk tau. kalau sudi,singgah la blog sy.^^

jannah.ayub said...

wana ; tq ;)